Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Awang Tengah adakan rumah terbuka Aidilfitri di Lawas
  • WILAYAH

Awang Tengah adakan rumah terbuka Aidilfitri di Lawas

Utusan Sarawak 2 years ago

DIJEMPUT HADIR... Rumah terbuka Aidilfitri Awang Tengah dan isteri akan berlangsung pada hari raya kedua dan ketiga bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang di kediamannya di Lot 1937, Taman Klasik Lawas

LAWAS: Majlis rumah terbuka Aidilfitri Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan diadakan pada sambutan Aidilfitri hari kedua dan ketiga nanti.

Rumah terbuka hari raya kedua dan ketiga itu diadakan di kediamannya di Lot 1937, Taman Klasik Lawas mulai 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Awang Tengah dan isteri Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud menjemput orang ramai untuk menghadiri majlis rumah terbuka bagi memeriahkan lagi majlis nanti.

Turut dijangka hadir, semua pemimpin di Utara Sarawak.

Antaranya, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi Dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) DatukĀ  Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah, Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang dan Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa.

ADUN Bukit Sari dan isteri turut mengucapkan Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua penduduk Islam di Sarawak.

Continue Reading

Previous: Ops Aidilfitri 2023: Tiada lesen memandu antara kesalahan dikesan JPJ
Next: Pembinaan pasar di Tebingan Sungai Rajang bakal ubah sosioekonomi penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.