Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Awang Sariyan dilantik Penasihat Kehormat Pusat Pengajian Melayu China BFSU
  • NASIONAL

Awang Sariyan dilantik Penasihat Kehormat Pusat Pengajian Melayu China BFSU

Utusan Sarawak 2 years ago
Senator Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan

KUALA LUMPUR: Senator Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan dilantik sebagai Penasihat Kehormat Pusat Pengajian Melayu China di Beijing Foreign Studies University (BFSU).

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkata, surat pelantikan berkenaan diterima beliau pada 10 April lepas daripada Pengarah Sekolah Pengajian Asia yang juga Pengarah Pusat Pengajian Melayu China BFSU Prof Dr Su Yingying. 

Awang berkata, pelantikan itu adalah kesinambungan dua kali tugas beliau sebagai Penyandang Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di China (2008-2011) dan (2016-2018), selain sebagai Profesor Kehormat Pendidikan Bahasa dan Kebudayaan BFSU yang dianugerahkan pada 2012.

“Insya-Allah pelantikan ini menjadi landasan persefahaman rakyat dua buah negara melalui pendidikan dan kebudayaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau. 

Pusat Bahasa Melayu ditubuhkan di BFSU pada 1997 sebagai hasil persetujuan antara kerajaan Malaysia dan kerajaan China untuk bekerjasama dalam bidang pendidikan, khususnya mengenai pengajaran bahasa Melayu di China. 

Pada 2005 pula, Pusat Bahasa Melayu dinaikkan taraf menjadi Pusat Pengajian Melayu China dan secara rasminya menjadi pangkalan kegiatan ilmiah dan pengembangan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu di China. – Bernama

Continue Reading

Previous: Profesor wanita Melayu pertama, Fatimah Hamid Don meninggal dunia
Next: Tanah Runtuh: Kakitangan IIM diarah bekerja dari rumah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.