Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Awang Irwan juara SBC Idol 2025 di The Summer Mall
  • Selatan
  • WILAYAH

Awang Irwan juara SBC Idol 2025 di The Summer Mall

Utusan Sarawak 6 hours ago
HADIAH disampaikan oleh Penolong Pegawai Daerah Samarahan, Hayati Sahari yang turut memuji semangat dan komitmen para peserta. -Foto UKAS

KOTA SAMARAHAN: Pertandingan Samarahan Bike Challenge (SBC) Idol 2025 yang berlangsung di The Summer Shopping Mall semalam berjaya menarik perhatian ramai apabila seramai 25 peserta berentap dalam kategori nyanyian.

Acara anjuran Pejabat Daerah Samarahan dengan kerjasama Family Fitness Samarahan itu diadakan sebagai salah satu aktiviti sampingan sempena Samarahan Bike Challenge 2025 yang berlangsung hari ini.

Dalam pertandingan tersebut, Awang Irwan dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM250, manakala Mahazail meraih tempat kedua dengan RM200 dan Farzuwan di tempat ketiga menerima RM150.

Hadiah disampaikan oleh Penolong Pegawai Daerah Samarahan, Hayati Sahari yang turut memuji semangat dan komitmen para peserta.

“Pertandingan seperti ini bukan sahaja menguji kreativiti peserta, malah menjadi platform menggilap potensi anak muda Samarahan dalam bidang seni,” katanya.

Selain SBC Idol, beberapa acara lain turut berlangsung seperti Aerobathon Challenge dan Pickle Ball yang menambahkan kemeriahan suasana di pusat beli-belah tersebut menjelang acara utama Samarahan Bike Challenge 2025. -UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jalan ke Rumah Gendang siap diturap sepenuhnya, kos cecah RM400,000
Next: Klinik Kesihatan Tian anjur larian, karnival kesihatan sempena sambutan 34 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.