Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Autonomi pendidikan, pembinaan Pusat Kanser Sarawak antara agenda mesyuarat Teknikal MA63 esok
  • TEMPATAN

Autonomi pendidikan, pembinaan Pusat Kanser Sarawak antara agenda mesyuarat Teknikal MA63 esok

Utusan Sarawak 23 hours ago
Datuk Seri Fadillah Yusof ketika ditemui media selepas menghadiri Program Bicara Eksekutif Madani di Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak, di sini, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Isu berkaitan autonomi pendidikan akan menjadi antara agenda utama yang dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) esok, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata antara aspek pendidikan yang dituntut Sarawak ialah kebenaran menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Cabaran utama adalah dasar nasional yang menetapkan keseragaman dari segi kurikulum dan bahasa. 

“Namun, satu daripada pendekatan yang boleh dipertimbangkan ialah mengekalkan dasar sedia ada dengan tambahan seperti Program Dwibahasa (DLP) yang kini dilaksanakan di Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Bicara Eksekutif MADANI di sini, hari ini.

Fadillah berkata mesyuarat itu juga akan membincangkan mengenai pembinaan pusat kanser di Sarawak bagi memastikan akses rawatan kesihatan yang lebih baik untuk rakyat negeri tersebut.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian sebelum ini dilaporkan berkata Pusat kanser yang bakal dibina di negeri itu dicadang mempunyai sekurang-kurangnya 310 katil bagi memenuhi keperluan rawatan pesakit dalam jangka panjang.

Beliau berkata jumlah itu lebih tinggi berbanding cadangan awal sebanyak 200 katil yang dibincangkan dalam mesyuarat pada April lepas, dengan penambahan dibuat selepas mendapat saranan pakar perubatan serta pegawai kesihatan yang terlibat dalam perancangan projek berkenaan.

-Bernama

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 146 peserta sertai Safari Memancing Tanjung Manis, tarik minat dari seluruh Sarawak
Next: Keyakinan diri adalah kecantikan sebenar wanita

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.