KUCHING: Autonomi Imigresen Sarawak memainkan peranan penting dalam usaha memerangi pandemik Covid-19.
Timbalan Ketua Menteri III, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian berkata, begitu juga alat dasar boleh dilihat oleh negara lain seperti Australia, China dan Singapura .
“Kita bertuah kerana nenek moyang kita mempunyai klausa ini (walaupun tidak pernah dijangka akan dilaksanakan dengan cara ini) semasa kita membentuk Malaysia.
“Ia telah berjaya mengawal pelbagai gelombang ketibaan Covid-19 di Sarawak yang mana kita mempunyai masa cukup untuk mempersiapkan diri dan tidak mengalami nasib yang sama seperti di negara lain.
“Terima kasih kepada warga Sarawak atas kerjasama sepanjang menghadapi kesulitan yang timbul dan menjaga keselamatan masing-masing bagi menghindari dari risiko jangkitan Covid-19 yang boleh membawa kepada kematian,” katanya.
Tambah Sim, kita juga perlu berjaga dengan jangkitan varian DelMicron (Delta+Omicron) dengan teliti yang kini telah dikesan dari negara lain.
“Mari dapatkan penggalak, berhati-hati membuka semula ekonomi kita dan untuk hidup dengan virus,” ujarnya.
Oleh NUR AIN OTSMAN