Author: Utusan Sarawak

SK Sungai Mador bakal terima projek RTP tahun depan

BINTANGOR: Jalan dari simpang masuk ke pintu gerbang Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Mador akan dinaik taraf menerusi projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2025, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.  Katanya, turut akan dinaik taraf pada tahun depan adalah tempat letak kereta serta bekalan elektrik dewan sekolah tersebut.  “Ketiga-tiga projek untuk sekolah ini akan dilaksanakan menerusi RTP 2025. “Apabila siapnya projek-projek ini, ia akan memberi keselesaan pesekitaran serta sesi pengajaran dan pembelajaran untuk warga SK Sungai Mador,” katanya.  Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam Segulai Sejalai 2024 SK Sungai Mador, baru-baru ini.  Malah, beliau turut mengumumkan akan menyalurkan geran khas bernilai RM5,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sungai Mador untuk menjalankan aktiviti tahunan 2025. Turut hadir Guru Besar SK Sungai Mador Fathi Tar; Pengerusi PIBG SK Sungai Mador Sylvester Empaling; Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong DSP Sekam Anoi dan Pengerusi Persatuan Tuai-Tuai Rumah Daerah Meradong, Tuai Rumah Kinchu Ajan. Oleh EARL ANEK

Jelajah Gawai DUN Lingga diteruskan

LINGGA: Program Jelajah Gawai di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga akan diteruskan pada 2025. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor

Komited bantu pekebun kecil getah

LIMBANG: Lebih RM3.9 juta peruntukan disalurkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Bahagian Limbang untuk membantu pekebun-pekebun kecil getah di Daerah Limbang dan

Waspada lakukan aktiviti luar sepanjang musim MTL

SIBU: Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika menjalankan aktiviti perkelahan musim cuti sekolah khususnya sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL). Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat

Lelaki terjun jambatan ditemui lemas

MIRI: Seorang lelaki yang dilaporkan terjun ke sungai dari Jambatan Pujut 7 di sini ditemui lemas pagi tadi. Menurut Pusat Gerakan Operasi Sarawak, mangsa berusia

Bursa Malaysia diunjur tidak berubah minggu depan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia diunjur mengekalkan trend diniagakan tidak berubah minggu depan sehingga terdapat pemangkin baharu, kata Rakuten Trade Sdn Bhd. Naib Presiden Penyelidikan Ekuitinya

Malaysia gagal ke separuh akhir

KUALA LUMPUR: Malaysia ditunjukkan jalan keluar dari kempen Piala ASEAN 2024 selepas seri tanpa jaringan menentang seteru tradisi Singapura pada perlawanan terakhir Kumpulan A di