Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Australia umum sambut Aidilfitri Jumaat depan
  • GLOBAL

Australia umum sambut Aidilfitri Jumaat depan

Utusan Sarawak 4 hours ago

SYDNEY:  Australian National Imams Council mengumumkan bahawa Aidilfitri bagi tahun 2026 akan disambut pada Jumaat, 20 Mac 2026, bersamaan 1 Syawal 1447 Hijrah.

Dalam satu kenyataan, majlis itu memaklumkan keputusan tersebut dibuat selepas Australian Fatwa Council memantau data cerapan astronomi serta laporan kenampakan anak bulan dari balai cerap dan badan saintifik yang terlibat dalam pemantauan hilal di Australia dan seluruh dunia, khususnya negara jiran.

Menurut kenyataan berkenaan, kriteria yang digunakan oleh Mufti Besar Australia dan Australian Fatwa Council bagi menentukan permulaan dan pengakhiran Ramadan, serta tarikh 1 Syawal dan Aidilfitri, adalah berdasarkan kelahiran anak bulan mengikut pengiraan astronomi yang tepat sebelum matahari terbenam.

Selain itu, tempoh keberadaan anak bulan selepas matahari terbenam serta kemungkinan ia dapat dilihat di Australia dan kawasan sekitarnya turut diambil kira dalam proses penentuan tersebut.

Majlis itu turut menjelaskan bahawa kaedah berkenaan digunakan secara meluas oleh pelbagai majlis ilmiah, badan fatwa dan organisasi Islam di seluruh dunia dalam menentukan tarikh-tarikh penting dalam kalendar Islam. – AGENSI

Continue Reading

Previous: Penerbangan pengungsian RSAF Singapura dari Jeddah turut bantu warga asing
Next: Gunung Ibu meletus di Maluku Utara, gegaran dirasai 50 saat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.