Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Australia, Sarawak jalin kerjasama dalam penyimpanan tenaga
  • SEMASA

Australia, Sarawak jalin kerjasama dalam penyimpanan tenaga

Utusan Sarawak 3 months ago

PETRA JAYA: Australia telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Sarawak dalam penyimpanan karbon.

Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Danielle Heinecke berkata, kerjasama ini bertujuan memenuhi keperluan tenaga negeri ini pada masa hadapan.

Katanya, perjanjian yang ditandatangani ini, untuk bekerjasama dalam penyimpanan tenaga bagi membantu Sarawak melihat keperluan tenaganya pada masa depan serta pelbagai pilihan yang ada untuk menggunakan penyimpanan tenaga dalam memenuhi perancangan tersebut.

Heinecke mendedahkan perkara demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Menurutnya, Australia turut berminat untuk menarik lebih ramai pelabur ke Sarawak, termasuk pelabur dari negaranya sendiri.

“Kami mahu membawa lebih banyak pelabur ke Sarawak, dan sememangnya terdapat beberapa pelabur Australia yang sedang mempertimbangkan Sarawak sebagai pilihan, khususnya dalam sektor tenaga dan perlombongan,” katanya.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri Malaysia Fenny Nuli serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Datuk Sharbini Suhaili.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Permohonan Permit Rentas Sempadan Kenderaan Barangan ASEAN  dibuka hari ini
Next: Kerajaan laksana pelbagai inisiatif, strategi tingkat akses pekerjaan golongan OKU

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.