Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Australia komited perkukuh hubungan strategik dengan Malaysia
  • SEMASA

Australia komited perkukuh hubungan strategik dengan Malaysia

Utusan Sarawak 1 day ago
PESURUHJAYA Tinggi Australia ke Malaysia, Danielle Heinecke.

KUALA LUMPUR: Australia komited untuk memperkukuh hubungannya yang telah lama terjalin dengan Malaysia menerusi kerjasama yang lebih mendalam dalam bidang utama seperti pendidikan, pertahanan, tenaga bersih dan inovasi digital, kata Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Danielle Heinecke.

Beliau menekankan bahawa hubungan Australia-Malaysia yang kini memasuki tahun ke-70, didasari oleh sikap saling hormat-menghormati, hubungan erat antara rakyat kedua-dua negara serta kerjasama kukuh dalam pelbagai sektor.

“Kami adalah antara rakan kongsi terawal di sini. Kami telah membina hubungan kukuh melalui pendidikan, perdagangan dan keselamatan. Kini, fokus kami adalah bagaimana untuk membentuk masa depan bersama,” katanya semasa temu bual menerusi program ‘The Nation: Diplomatic Dispatch’ terbitan Bernama TV.

Ketika Australia bersedia untuk mengadakan lebih banyak lawatan peringkat tinggi ke Malaysia, termasuk lawatan Perdana Menteri Anthony Albanese semasa penglibatannya dengan ASEAN pada Oktober tahun ini, Heinecke berkata tumpuan adalah untuk membina perkongsian yang berorientasikan masa depan.

“Ini adalah mengenai bekerjasama dalam pendidikan, pertahanan, tenaga bersih dan inovasi digital. Peluangnya sangat besar dan asas yang telah kami bina selama 70 tahun meletakkan kami dalam kedudukan yang baik untuk berkembang lebih jauh,” katanya.

Menyentuh mengenai pendidikan dan mobiliti belia, Heinecke berkata lebih 300,000 alumni Malaysia pernah belajar di Australia, manakala empat universiti Australia – Monash, Curtin, Swinburne dan University of Wollongong – mempunyai kampus di Malaysia, yang secara kolektif menempatkan lebih 13,000 pelajar.

“Di Australia, ketika ini terdapat sekitar 20,000 pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian, termasuk ramai dalam program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta latihan vokasional.

“Kami menyaksikan peningkatan dalam mobiliti dan pertukaran pengetahuan, yang menjadi kekuatan utama hubungan kami,” katanya.

Beliau menambah Malaysia sedang belajar daripada model kurikulum berteraskan industri dan perantisan Australia untuk memperkukuh sistem pendidikan teknikal dan vokasional negara.

Heinecke turut menyatakan bahawa Malaysia sedang mempelajari model kurikulum perantisan dan berasaskan industri dari Australia untuk memperkukuh sistem pendidikan teknikal dan vokasional negara.

Beliau menggalakkan lebih ramai belia Malaysia untuk memanfaatkan visa Working Holiday Maker timbal balik, yang membolehkan warganegara berusia 18 hingga 30 tahun bekerja dan melancong di kedua-dua negara.

Menurut beliau, walaupun terdapat 1,100 slot tersedia setiap tahun untuk rakyat Malaysia, ‘program itu masih kurang dimanfaatkan.’

“Kami mahu lebih ramai belia kami terlibat dalam pengalaman dua hala… sama ada belajar, bekerja atau menjalani latihan industri. Ini mewujudkan rangkaian berharga dan persefahaman bersama,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Tiada zon larangan terbang semasa Sidang Kemuncak ASEAN – CAAM
Next: Industri jimat sebanyak RM100 juta menerusi Program Amnesty Perkeso – MEF

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.