Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • AtoN dipasang di Tanjung Manis
  • TEMPATAN

AtoN dipasang di Tanjung Manis

Utusan Sarawak 4 years ago
TAKLIMAT… Datuk Julaihi Narawi ketika diberikan taklimat dalam lawatan kerjanya ke Pelabuhan Tanjung Manis.

TANJUNG MANIS: Kerajaan Sarawak meluluskan dana sebanyak RM39.4 juta untuk pemasangan sistem Bantuan Pelayaran (Aids to Navigation – AtoN) di Pelabuhan Tanjung Manis.

Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Julaihi Narawi berkata, projek pemasangan AtoN dijangka siap pada 2022 merupakan antara syarat yang dikehendaki oleh International Association Of Marine.

“Pemasangan AtoN ini penting untuk memberikan panduan kepada kapal-kapal yang lalu di kawasan ini,” jelasnya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Pelabuhan Tanjung Manis, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu memberitahu, pelabuhan yang canggih, cekap dan lengkap memainkan peranan penting untuk membangunkan sesebuah negara atau negeri.

“Begitu juga pelabuhan di Sarawak memainkan peranan yang penting pada masa akan datang.

“Kita melihat mana-mana negara yang mempunyai pelabuhan yang canggih dan lengkap menjadi tempat yang maju di dunia.

“Kita berharap dengan adanya Pelabuhan Tanjung Manis di kawasan wilayah tengah ini memainkan peranan untuk membangunkan kawasan ini (wilayah tengah).

“Kita yakin Pelabuhan Tanjung Manis boleh memainkan peranan sebagai pintu masuk ke kawasan wilayah tengah, selain pelabuhan lain yang berada berdekatan,” ujarnya.

Julaihi memberitahu, Pelabuhan Tanjung Manis boleh mengendalikan sehingga 5.8 juta tan kargo termasuk 230,000 TEU (unit bersamaan 20 kaki) kontena setiap tahun.

Menurutnya, sehingga Oktober lalu, Pelabuhan Tanjung Manis merekodkan sebanyak 1.48 juta tan kargo yang dikendalikan, berbanding 1.97 juta tan kargo dalam tempoh yang sama 2019.

“Bagi pengendalian kontena yang direkodkan di Pelabuhan Tanjung Manis sehingga Oktober lalu ialah 25,050 TEU, berbanding 30,399 TEU dalam tempoh yang sama 2019.

“Ini bermakna terdapat pengurangan berlaku akibat kesan pandemik Covid-19 yang berlaku sejak awal tahun ini,” ujarnya.

Beliau berharap jumlah pengendalian kargo dan kontena di Pelabuhan Tanjung Manis dapat dipertingkatkan semula selepas keadaan pulih pada masa hadapan.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Empat perkara dalam MA63 tidak boleh dirunding
Next: UiTM Sarawak, Stoma Sdn Bhd., jalin kerjasama strategik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.