Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ATM tegas komited jamin keselamatan rakyat Sarawak
  • Tengah
  • WILAYAH

ATM tegas komited jamin keselamatan rakyat Sarawak

Utusan Sarawak 4 hours ago
UNTUK KENANGAN… Jafri (belakang, tujuh kanan) merakam kenangan pada Program Pengurusan Stres dan Kesihatan Mental di Rejimen 510 Askar Wataniah Kem Sri Rejang, hari ini.

SIBU: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi 9 Briged menegaskan komitmen berterusan dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sarawak, termasuk di kawasan pedalaman serta sempadan, meskipun berdepan persepsi negatif yang tular di media sosial.

Panglima Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Briged), Brigadier Jeneral Dato Jafri Sulaiman berkata, kawasan operasi briged tersebut meliputi hampir tiga perempat keluasan Sarawak merangkumi Lawas, Limbang, Ba’kelalan, Bario serta kawasan pedalaman dan sempadan negara.

“Kehadiran ATM di kawasan berkenaan membolehkan aktiviti ekonomi, perkhidmatan kesihatan dan kehidupan harian penduduk dijalankan dalam keadaan terkawal dan selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Pengurusan Stres dan Kesihatan Mental di Rejimen 510 Askar Wataniah, Kem Sri Rejang, hari ini.

Program tersebut dianjurkan bersama Kelab Lions Sibu Seduan, Rejimen 510 Askar Wataniah dan Kumpulan Syarikat Jaya Coastal.

Mengulas operasi bantuan kemanusiaan, Jafri berkata, ATM sentiasa memberi keutamaan kepada pelaksanaan Ops Murni khususnya ketika bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh, termasuk penyaluran bantuan makanan, logistik dan sokongan kepada penduduk terjejas.

Beliau berkata, adalah tidak wajar seluruh ATM dipandang serong susulan kes rasuah yang masih dalam siasatan dan hanya melibatkan individu tertentu.

“ATM mengambil pendekatan tegas terhadap penyalahgunaan dadah dalam kalangan anggotanya tanpa sebarang kompromi, selain menjalinkan kerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam aspek kesedaran dan kesihatan mental,” ujarnya.

Katanya, penganjuran program berbentuk ceramah, pameran dan sesi kaunseling penting dalam membantu menangani isu tekanan mental, terutama dalam kalangan anggota muda.

“Saya berharap program seumpama ini dapat diteruskan sebagai usaha memperkukuh hubungan antara ATM, agensi kerajaan dan masyarakat setempat,” kata beliau.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Projek RTP siap awal, tingkat sistem saliran di Rumah Empin Baong
Next: ADUN Kabong santuni mangsa kebakaran Kampung Hulu Sessang, JKM salur bantuan RM12,300

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.