Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ATM siasat pengawai, anggota seludup PATI
  • TEMPATAN

ATM siasat pengawai, anggota seludup PATI

Utusan Sarawak 5 years ago
SIDANG MEDIA… Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Affendi Buang mengadakan sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Pos Gabungan ATM dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) di Kem JPG Biawak,semalam.

LUNDU: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) giat menjalankan siasatan dalaman bagi mengesan pegawai dan anggota yang disyaki menjadi tali barut bersekongkol dengan sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pemerdagangan manusia.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Affendi Buang berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang terbabit dalam isu ini sekali gus memberi jaminan mereka yang terbabit akan dapat dikesan.

“Kepada mereka yang terbabit, kami akan cari dan pasti mereka dapat dikesan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Pos Gabungan ATM dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) di Kem Jawatankuasa Perancang Gerakan (JPG) Biawak, semalam.

Tambahnya, pegawai dan anggota itu akan dikenakan pembalasan setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan.

Kelmarin, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan, polis mengenal pasti puluhan pegawai dan anggota polis serta ATM bersekongkol dengan sindiket penyeludupan PATI.

Terdahulu, Affendi meninjau kawasan operasi anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) di lokasi lorong tikus sekitar Biawak.

Sepanjang Ops Benteng dilaksanakan, sebanyak 49 lokasi laluan tikus baharu dikesan di seluruh Sarawak.

“10 lagi pos kawalan sempadan akan dibina di Sarawak bagi meningkatkan kemampuan mengawasi pencerobohan di sempadan,” ujarnya. Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain; Pemangku Panglima Medan Timur Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan; Panglima 1 Divisyen Infantri, Mejar Jeneral Dzulkafli Mustafa: Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha dan Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: Polis pantau premis nombor ramalan
Next: 4 keluarga tinggal sehelai sepinggang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.