Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ATM, PGA, Polis Marin, APMM jalin kerjasama Ops Benteng
  • TEMPATAN

ATM, PGA, Polis Marin, APMM jalin kerjasama Ops Benteng

Utusan Sarawak 5 years ago
DATO Pahlawan Syed Zahrul Putra Syed Abdullah ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Patinggi (Dr.) Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, semalam.

KUCHING: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama beberapa agensi penguat kuasa keselamatan negara bekerjasama dalam mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan pencerobohan lain menerusi Ops Benteng.

Panglima Armada Timur Laksamana Madya Kota Kinabalu, Dato Pahlawan Syed Zahrul Putra Syed Abdullah berkata, ia melibatkan agensi seperti Polis Marin, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM)

“Kerjasama ini penting bagi mengukuhkan pertahanan negara daripada dibolosi PATI ke negara ini serta mengekang kemasukan mereka (PATI) melalui jalan laut,” katanya semasa ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Patinggi (Dr.) Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, semalam.

Mengulas lanjut mengenai Ops Bentang ini, beliau memberitahu pihaknya bersama agensi penguatkuasa yang lain telah bertindak mengusir PATI ini bagi mengelak permasalahan lain timbul dan tangkapan hanya dibuat jika perlu.

“Mengikut statistik terkini, pengesanan dan pengusiran di kawasan Tanjung Datu sekitar 3,000

“Namun begitu, tangkapan terpaksa djuga dilakukan dengan seramai lapan orang.

“Tangkapan tersebut bukan sahaja melibatkan PATI tapi ia juga melibatkan kesalahan yang lain seperti menangkap ikan tanpa lesen dan pencerobohan nelayan asing khususnya nelayan dari Vietnam,” tambahnya.

Turut hadir, Brigadier Jeneral Muhammad Taha Hamdan dari Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Kapten Mohd .Hasnan Mohd Hanafiah dari Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).

Oleh Zarina Abdullah

Continue Reading

Previous: JMSK PMU sumbang 550 penghadang muka
Next: PDRM tidak akan berkompromi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.