Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • ATM akan hantar bekalan makanan di Sabah, Sarawak
  • NASIONAL

ATM akan hantar bekalan makanan di Sabah, Sarawak

Utusan Sarawak 5 years ago

PUTRAJAYA, 31 Mac -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media di Bangunan Perdana Putra hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, March 31 -- Senior Minister (Security Cluster) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob speaking during a press conference at Perdana Putra today. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

PUTRAJAYA:  Aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk helikopter akan diatur gerak ke kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak untuk menghantar bekalan makanan dan keperluan asas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mesyuarat Khas Covid-19 Bersama Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri semalam bersetuju supaya tindakan berkenaan diambil.

“Kita dapat aduan dari penduduk di rumah panjang misalnya… kadang-kadang tidak dapat dihantar barangan keperluan asas kepada mereka.

“Jadi mesyuarat telah putuskan dan telah dipersetujui bahawa pihak tentera akan menggunakan aset mereka seperti helikopter untuk hantar produk-produk ataupun barang-barangan makanan dan keperluan asas ke kawasan pendalaman di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, penduduk di kawasan berkenaan tidak perlu khuatir kerana kerajaan akan sentiasa memastikan bekalan makanan dan sebagainya untuk mereka mencukupi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat berkenaan yang dipengerusi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Rabu lepas, Muhyiddin mengumumkan PKP yang dikuat kuasa sejak 18 Mac lepas dan sepatutnya berakhir semalam dilanjutkan sehingga 14 April. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: 828 individu ditahan ingkar arahan PKP
Next: Dr Jemilah dilantik sebagai penasihat khas PM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.