Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Atlet muda Sarawak gah di Muaythai ASEAN 2025, sedia hadapi SUKMA
  • SUKAN

Atlet muda Sarawak gah di Muaythai ASEAN 2025, sedia hadapi SUKMA

Utusan Sarawak 2 days ago
KEJOHANAN Muaythai Berpasukan dan Belia ASEAN Pertama 2025 yang berakhir semalam menyaksikan kontinjen Sarawak pulang dengan membawa pulang empat pingat emas, lima perak dan satu gangsa. Foto UKAS

SELANGOR: Kejohanan Muaythai Berpasukan dan Belia ASEAN Pertama 2025 yang berakhir semalam menyaksikan kontinjen Sarawak membawa pulang empat pingat emas, lima perak dan satu gangsa.

Dari sembilan atlet Bumi Kenyalang yang mara ke final, empat berjaya menghadiahkan kilauan emas pada kejohanan diadakan di Paradigm Mall, Petaling Jaya.

Razie Rafizzie memastikan emas milik Sarawak apabila menumpaskan Muhammad Adam dari Selangor dalam kategori 55 kilogram (kg).

Kejayaan beliau diekori Muhammad Syarul Fareez yang menjinakkan Ali Murtaza, juga dari Selangor dalam kategori 50kg.

Dua lagi emas disumbangkan oleh atlet wanita, Noor Qasliya Mohamad Hardi dan Hani Anissa Ismail.

Noor Qasliya menundukkan Aisya Sofea (Muaythai Kuala Lumpur) kategori 40kg sementara Hani Anissa menyingkirkan Dinar Fitrah (Negeri Sembilan) dalam kategori 60kg.

Sementara itu, lima pingat perak pula disumbangkan Fatiha Hanum Abdul Hasrul (45kg), Muhammad Nur Aiman Kamaruddin (66kg), Mohammad Nurhizbur Asyraf Mohd Nazri (50kg), Rizz Ezzandy Iswandy (40kg) dan Dylan Casey Daniel (40kg).

Sarawak turut mengutip satu gangsa Muhammad Rizqin (45kg).

Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) Jumaat Ibrahim tetap berpuas hati dan memuji pencapaian kontinjen Sarawak pada kejohanan tersebut.

“Satu permulaan baik untuk semua atlet-atlet muda kita. Saya harap anda semua akan terus gigih berlatih dan meningkatkan lagi kemahiran.

“Walaupun kejohanan ini sekadar pendedahan, namun ia sangat penting kepada atlet-atlet kita untuk menimba pengalaman bagi menghadapi kejohanan yang lebih besar,” kata Jumaat.

Beliau juga mengingatkan atlet untuk terus bersedia kerana selepas ini persatuan akan menghantar mereka menyertai banyak lagi kejohanan seumpama bagi memantapkan persiapan Sarawak menghadapi SUKMA 2026 di Selangor.

Jumaat turut berterima kasih kepada pihak Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan jurulatih yang terlibat dalam melatih atlet Sarawak.

Tidak lupa katanya penghargaan di atas usaha Presiden Persatuan Muaythai Malaysia (PMM) yang memastikan sukan muaythai dipertandingkan pada SUKMA 2026.

-UKAS

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Ten Hag kena pecat lagi
Next: Isak sudah tiba di pusat latihan kelab Liverpool

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.