Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Atilia Haron dedah dunia teater lebih mencabar dari nyanyian
  • HIBURAN

Atilia Haron dedah dunia teater lebih mencabar dari nyanyian

Utusan Sarawak 4 hours ago
PENYANYI Raja Putri Atilia Raja Haron, 52, selepas melakonkan watak dalam Majlis Teater Amal IWK ‘Najis Jadi Teman’ di IWK Exo Park, baru-baru ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Meneruskan karier dalam industri seni pada usia 52 tahun bukanlah sesuatu yang mudah bagi penyanyi dan pelakon serba boleh, Atilia Haron.

Bagi Raja Putri Atilia Raja Haron atau lebih dikenali sebagai Atilia, cabaran terkininya ialah melalui lakonan dalam teater muzikal bertajuk ‘Najis Jadi Teman’ yang dianggapnya sebagai ujian mental dan fizikal terhebat sepanjang kerjayanya.

Beliau berkata tugasan melakonkan watak yang sarat dengan skrip dan istilah teknikal itu jauh lebih sukar berbanding nyanyian, dan memerlukan tumpuan serta fokus yang tinggi.

“Saya rasa ia lebih mencabar dari nyanyian sebab nyanyian ada irama dan rima, tetapi skrip teater memerlukan ketepatan sebab bila berlakon ini kena ingat dialog, istilah teknikal seperti nama khas yang ada. Pada usia 52 tahun, ia memang mencabar. 

“Kalau salah dialog, keseluruhan persembahan boleh terjejas kerana tiada ‘take two’ dalam persembahan secara langsung,” katanya kepada Bernama selepas Majlis Teater Amal IWK ‘Najis Jadi Teman’ di IWK Exo Park, baru-baru ini.

PENYANYI Raja Putri Atilia Raja Haron, 52, selepas melakonkan watak dalam Majlis Teater Amal IWK ‘Najis Jadi Teman’ di IWK Exo Park, baru-baru ini. Foto BERNAMA

Pelantun lagu ‘Kanda Dinda’ itu berkata beliau memilih untuk kekal aktif dalam pelbagai aktiviti seni bagi memastikan mindanya sentiasa sihat dan positif, terutamanya ketika usia semakin meningkat.

“Saya memang kena sentiasa bergerak dan bersenam. Kalau tidak, saya mudah lesu dan hanya mahu berehat di rumah. Kita tak boleh duduk diam, kena paksa diri buat aktiviti,” katanya.

Beliau yang turut mengendalikan studio yoga berkata kesibukan dan keberanian mencuba perkara baharu membantu mengekalkan kesihatan mental dan sikap positif. 

Atilia turut menegaskan bahawa masalah yang sering membelenggu wanita berusia bukanlah penghalang untuk terus aktif dalam dunia seni.

Berkongsi perkembangan terkini, Atilia berkata beliau sedang menyiapkan album solo keempatnya yang merangkumi sebuah lagu terakhir hasil kolaborasi dengan penyanyi MimiFly.

“Lagu itu tentang pemerkasaan wanita, tentang kepentingan saling menyokong, dan sebagai wanita, kita bukan cuba saling menjatuhkan. Lagu ini bergenre R&B, tidak rancak tapi menyentuh jiwa,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.