Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Atasi segera kenaikan insurans perubatan
  • TEMPATAN

Atasi segera kenaikan insurans perubatan

Utusan Sarawak 3 months ago
CERIA… Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad merakam kenangan bersama yang lain di Bazar Ramadan Presint 3, Putrajaya hari ini. -FOTO BERNAMA

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu akan dapat ditangani dalam waktu terdekat.

“Ia sedang dalam tindakan. Kita akan menangani perkara ini bukan dengan pendekatan DRG (kumpulan berkaitan diagnosis), bukannya penyelesaian mutlak yang boleh selesaikan inflasi kos perubatan tetapi lebih mustahak ia akan ambil pendekatan pelbagai hala,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas lawatan ke Bazar Ramadan Presint 3 dan pelancaran talian WhatsApp aduan kebersihan premis makanan, hari ini.

DRG bakal dilaksanakan bagi meningkatkan ketelusan caj rawatan pesakit sekali gus membantu mengatasi isu kos perubatan yang menjadi antara punca kenaikan premium insurans perubatan.

“…Dan harapnya kita dapat melaksanakan DRG di samping satu lagi iaitu paparan harga ubat-ubatan.

“Di hospital sudah menerimanya, kalau di klinik pengamal perubatan am swasta (GP) mereka mahu diberi moratorium, mungkin sebulan dua lagi,” jelasnya.

Pemaparan harga ubat secara telus boleh membantu mengurangkan harga premium insurans kesihatan dalam mengawal kos perubatan memandangkan syarikat insurans boleh menilai kos sebenar rawatan dengan lebih tepat.

Namun, tindakan berkenaan mendapat bantahan Gabungan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) kerana berpandangan pelaksanaan paparan harga ubat di klinik GP tidak relevan dan boleh mengelirukan pesakit.

– BERNAMA 

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Bertarung nyawa selamatkan kucing, hamster
Next: Perangi sindiket ‘scammer’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.