Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Atap bumbung tercabut akibat ribut
  • Utara
  • WILAYAH

Atap bumbung tercabut akibat ribut

Utusan Sarawak 10 hours ago
ATAP bumbung bilik 18 Rh Christhopher Sg Mallang Tengah Bakong tercabut akibat ribut. Foto APM Beluru

BELURU: Sebuah bilik di RH Christopher, Sungai Mallang Tengah, Bakong, dilaporkan terjejas selepas atap bumbungnya tercabut akibat ribut yang melanda kawasan itu semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi Lt. ( PA) Mirwan Shah Masri berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 8.20 malam mengenai kejadian yang berlaku pada 4.30 petang.

Katanya, sebaik menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan, tiga anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) Beluru, yang diketuai oleh Pbt. (PA) Sylvia Empiang Tunkai, bergegas ke lokasi kejadian pada 10.30 malam untuk mendapatkan maklumat terperinci.

Menurut beliau sebahagian atap rumah tersebut turut mengelami kerosakan dan tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Katanya, bilik bernombor 17 turut mengalami kesan akibat atap yang tercabut daripada bilik 18, dan kit makanan telah diserahkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek saliran Kampung Nangka siap, atasi masalah banjir setempat
Next: 17 pasukan berentap merebut gelaran juara futsal Kampung Tabo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.