Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Aston Villa malukan Liverpool, sahkan slot Liga Juara-Juara
  • SUKAN

Aston Villa malukan Liverpool, sahkan slot Liga Juara-Juara

Utusan Sarawak 10 hours ago

John McGinn meraikan jaringan ketika membantu Aston Villa menewaskan Liverpool 4-2 untuk mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan. — Foto AFP

BIRMINGHAM: Aston Villa mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan selepas menewaskan Liverpool 4-2 awal pagi tadi, sekali gus meletakkan The Reds dalam risiko terlepas aksi elit Eropah itu.

Ollie Watkins meledak dua gol buat Villa, manakala pengurus Unai Emerymenerima ganjaran selepas mempertaruhkan kesebelasan utama hanya beberapa hari sebelum final Liga Europa.

“Liga Juara-Juara, ini sesuatu yang menakjubkan,” kata Emery.

“Bersaing dalam dua pertandingan dan kekal konsisten bukan mudah. Kami menikmati musim yang hebat dalam Liga Perdana dan saya amat bangga.”

Kekalahan itu menyaksikan Liverpool jatuh ke tangga kelima dan hanya empat mata di depan Bournemouth yang masih memiliki dua perlawanan.

Walaupun Liverpool masih berpeluang layak ke Liga Juara-Juara, satu lagi kekalahan hambar itu menimbulkan persoalan baharu mengenai masa depan pengurus Arne Slot.

Slot bagaimanapun tetap yakin akan terus membimbing Liverpool musim depan meskipun gagal mempertahankan kejuaraan liga.

“Ia bukan mengenai saya, tetapi mengenai kekecewaan kami terhadap keputusan ini. Saya sudah bercakap mengenainya semalam dan itu sudah mencukupi,” katanya.

“Fokus kami kini ialah perlawanan menentang Brentford dan memastikan kami membalas sokongan penyokong dengan aksi agresif serta permulaan yang baik.

“Gabungan sokongan penyokong dan prestasi cemerlang akan membantu kami mencapai sasaran iaitu layak ke Liga Juara-Juara.”

Liverpool babak kedua

Slot sekali lagi dibelenggu masalah kecederaan apabila Alisson Becker, Alexander Isak dan Hugo Ekitike tidak dapat diturunkan, manakala Florian Wirtzdan Mohamed Salah hanya cukup cergas untuk bermula di bangku simpanan.

Namun Liverpool bermasalah pada separuh masa kedua selepas bangkit menyamakan kedudukan menerusi tandukan Virgil van Dijk.

Emery jelas mengambil pengajaran selepas pasukan kedua Villa diboo penyokong ketika tewas kepada Tottenham Hotspur sebelum aksi separuh akhir kedua Liga Europa menentang Nottingham Forest.

Pengendali dari Sepanyol itu menurunkan barisan yang dijangka menjadi kesebelasan utama untuk final menentang Freiburg di Istanbul minggu depan ketika Villa memburu trofi utama pertama dalam tempoh 30 tahun.

Villa membuka jaringan empat minit sebelum rehat menerusi gerakan sepakan penjuru pendek yang disudahkan Morgan Rogers.

Liverpool bangkit selepas rehat apabila Van Dijk menanduk masuk sepakan percuma Dominik Szoboszlai.

Pelawat hampir mendahului tidak lama kemudian tetapi percubaan Rio Ngumohaterkena tiang.

Momentum kembali memihak Villa apabila Szoboszlai tergelincir di kawasan sendiri sebelum Rogers menghantar bola untuk Watkins menjaringkan gol mudah.

Villa terus mengasak dan percubaan lencong Emi Buendia terkena palang.

Liverpool gagal mengeluarkan bola hasil sepakan penjuru berikutnya dan Watkins menyambar masuk gol kedua meskipun Giorgi Mamardashvili melakukan dua aksi menyelamat cemerlang untuk menafikan Youri Tielemans serta Pau Torres.

Kapten John McGinn kemudian melengkapkan malam gemilang Villa menerusi rembatan deras ke penjuru atas gol.

Van Dijk menjaringkan gol saguhati kedua Liverpool pada masa kecederaan.

Bagaimanapun, jika Bournemouth mengejutkan Manchester City pada Selasa, Liverpool bakal berdepan aksi terakhir liga yang mendebarkan di laman sendiri menentang Brentford bagi memastikan mereka tidak tercicir daripada Liga Juara-Juara. – AFP

Continue Reading

Previous: Lukaku tersenarai dalam skuad Piala Dunia Belgium meskipun dibelenggu kecederaan
Next: Saberkas Ba’kelalan anjur Karnival Sukan KASUS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.