Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Astana Negeri terima hampir 27,000 pengunjung, cerminkan perpaduan rakyat Sarawak
  • SEMASA

Astana Negeri terima hampir 27,000 pengunjung, cerminkan perpaduan rakyat Sarawak

Utusan Sarawak 18 hours ago
ASTANA Negeri terima hampir 27,000 pengunjung, cerminkan perpaduan rakyat Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran atas kelancaran Majlis Sambutan Aidilfitri yang berlangsung di Astana Negeri Sarawak pada 1 dan 2 Syawal lalu.

Menurut beliau, kehadiran hampir 27,000 pengunjung yang datang berziarah bagi menyampaikan ucapan Hari Raya Aidilfitri kepada beliau sekeluarga amat menyentuh hati dan di luar jangkaan.

Katanya, pada hari pertama sahaja, seramai kira-kira 25,000 pengunjung hadir, manakala hampir 2,000 lagi berkunjung pada hari kedua, sekali gus mencerminkan semangat kekeluargaan yang kukuh dalam kalangan rakyat pelbagai bahagian termasuk Kuching, Kota Samarahan, Betong dan Sibu.

Tambah beliau, bagi meraikan para tetamu, sebanyak 14 gerai makanan yang kebanyakannya diusahakan peniaga kecil sekitar bandar Kuching telah menyediakan pelbagai juadah tradisional seperti sate, ketupat, rendang, kari, ais kacang, kolok mi, mi Jawa serta kek lapis Sarawak.

Beliau dan Toh Puan turut melahirkan rasa syukur apabila bekalan makanan dan minuman mencukupi untuk dinikmati oleh semua pengunjung sepanjang majlis berlangsung.

Dalam pada itu, suasana sambutan yang meriah dengan kehadiran rakyat daripada pelbagai lapisan umur, kaum dan agama jelas menggambarkan keharmonian serta perpaduan yang utuh dalam kalangan masyarakat Sarawak.

Keindahan kepelbagaian tersebut turut terserlah apabila para tetamu hadir mengenakan busana tradisional etnik masing-masing, manakala beliau tampil dengan tengkolok dan Toh Puan mengenakan baju kurung berhias keringkam yang sinonim dengan warisan budaya negeri ini.

Sehubungan itu, beliau dan Toh Puan merakamkan penghargaan kepada semua tetamu yang meluangkan masa untuk berziarah, sambil berharap sambutan Aidilfitri terus menjadi wadah memperkukuh silaturahim serta ukhuwah dalam kalangan rakyat Sarawak.

Oleh Adele Rissa

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Filipina, Vietnam dan Malaysia negara utama ASEAN guna minyak mentah dari Teluk Parsi
Next: JBPM, JKT diminta semak SOP gerai bunga api

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.