Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • ASSB lengkapkan jelajah libat urus KMKK di seluruh Sarawak
  • SEMASA

ASSB lengkapkan jelajah libat urus KMKK di seluruh Sarawak

Utusan Sarawak 4 hours ago
AMANAH Saham Sarawak Berhad (ASSB) berjaya melengkapkan jelajah libat urus bersama pemimpin komuniti di seluruh Sarawak menerusi penganjuran sesi terakhir Program Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) siri ke-12 hari ini.

KUCHING: Amanah Saham Sarawak Berhad (ASSB) berjaya melengkapkan jelajah libat urus bersama pemimpin komuniti di seluruh Sarawak menerusi penganjuran sesi terakhir Program Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) siri ke-12 yang berlangsung di sini hari ini.

Program KMKK merupakan antara platform utama ASSB untuk menyalurkan maklumat terkini mengenai perkembangan Amanah Saham Sarawak (ASSAR) susulan penstrukturan semula Tabung ASSAR yang dilaksanakan pada Oktober 2022. 

Sepanjang siri jelajah tersebut, pemimpin komuniti diberikan penerangan berhubung prestasi dana termasuk pengagihan pendapatan yang konsisten, peningkatan Nilai Aset Bersih, pengurusan risiko, mekanisme perlindungan pemegang unit serta hala tuju jangka panjang ASSAR.

Ketua Pegawai Eksekutif ASSB, Datin Norlia Madon berkata sambutan dan penyertaan yang tinggi daripada pemimpin komuniti membuktikan komitmen bersama dalam memastikan maklumat yang tepat dapat disampaikan kepada masyarakat di peringkat akar umbi.

“Objektif utama program KMKK adalah untuk memperkukuh kefahaman mengenai ASSAR melalui sesi taklimat secara bersemuka bersama KMKK yang berperanan sebagai penghubung penting antara ASSB dan masyarakat. 

“Dengan berakhirnya siri ke-12 ini, kami yakin masyarakat kini lebih memahami peranan, matlamat serta prestasi ASSAR, termasuk kestabilan dana dan potensi jangka panjangnya,” katanya menerusi kenyataan media hari ini. 

Sebagai kesinambungan program tersebut, ASSB turut memperluaskan perkhidmatan secara langsung kepada masyarakat melalui penyediaan kaunter perkhidmatan di Pusat Transformasi Bandar dan Pejabat Bergerak ASSAR. 

Melalui kemudahan ini, pemegang unit boleh melakukan pelbagai urusan termasuk pembukaan akaun, penambahan pelaburan, kemas kini maklumat, semakan penyata, pertanyaan serta mendapatkan khidmat nasihat asas tanpa perlu hadir ke kaunter pejabat ASSB.

Menurut Datin Norlia, inisiatif turun padang itu bertujuan memastikan perkhidmatan ASSB lebih mudah diakses, khususnya oleh pelabur di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi perkembangan terkini prestasi dana unit amanah ASSAR berdasarkan laporan oleh Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia. 

Laporan tersebut menunjukkan ASSAR kekal dalam kategori Volatiliti Sangat Rendah, sekali gus mencerminkan kedudukan dana yang stabil.

Beliau berkata penilaian oleh Lipper merekodkan Faktor Volatiliti ASSAR sebanyak 2.26 setakat 31 Oktober 2025, iaitu berada dalam julat kelas volatiliti sangat rendah antara 0 hingga 4.275. 

Jelasnya, bahawa kedudukan stabil itu selaras dengan pendekatan pelaburan ASSAR yang menumpukan lebih 70 peratus kepada instrumen berisiko rendah dan berpendapatan tetap seperti bon, pasaran wang dan deposit, sekali gus membantu mengekalkan kestabilan dana walaupun berdepan ketidaktentuan pasaran.

Dalam masa yang sama, ASSB turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Daerah dan Majlis Daerah di setiap bahagian yang terlibat atas komitmen serta kerjasama padu dalam menjayakan Program KMKK dari siri pertama hingga siri ke-12.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Dana Inovasi Media Fasa 1 dibuka mulai 1-14 Januari depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.