Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • ASSB laksana urus niaga pelaburan tanpa tunai di seluruh Sarawak
  • BISNES

ASSB laksana urus niaga pelaburan tanpa tunai di seluruh Sarawak

Utusan Sarawak 3 weeks ago
KETUA Masyarakat Ketua Kaum (KMKK) menghadiri taklimat Pasca Penstrukturan Tabung ASSAR di Betong.

KUCHING: Amanah Saham Sarawak Berhad (ASSB), syarikat pengurusan Tabung Amanah Saham Sarawak (ASSAR), telah melaksanakan dasar penerimaan bukan tunai bagi semua transaksi pelaburan.

Ketua Pemasaran dan Operasi ASSB, Kadari Abang Abu Bakar, berkata langkah ini selaras dengan piawaian kawal selia industri serta keperluan keselamatan sektor kewangan.

Menjelaskan lebih lanjut langkah itu, katanya, pelabur ASSAR kini boleh menggunakan pelbagai saluran pembayaran tanpa tunai.

“Ini termasuk perbankan dalam talian, aplikasi SPay Global, potongan gaji, Terminal Peniaga RHB, kiriman wang, cek atau draf bank atas nama “Akaun Amanah Amanah Saham Sarawak”, serta pengeluaran melalui Akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Pendekatan ini bukan sahaja lebih selamat dan cekap, malah ia turut meningkatkan ketelusan dalam transaksi kewangan serta mengukuhkan kepercayaan terhadap sistem pelaburan,” katanya.

Kadari Abang Abu Bakar berkata demikian pada Program Taklimat Pasca Penstrukturan Dana ASSAR yang berlangsung di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong.

Program tersebut dihadiri oleh seramai 62 orang Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dari seluruh daerah Betong.

Harga langganan minimum ditetapkan pada RM1.00 seunit sepanjang tempoh jaminan.

Sesi taklimat di Betong ini merupakan kesinambungan daripada empat siri sebelum ini yang telah diadakan di Limbang, Miri, Bintulu, dan Sibu.

Selaras dengan pelaksanaan inisiatif ini serta usaha berterusan untuk mempertingkat komunikasi antara ASSB dan pelabur, ASSB menyeru semua pelabur ASSAR, khususnya di Bahagian Betong, dan seluruh Sarawak untuk mengemaskini maklumat peribadi seperti alamat surat-menyurat, nombor telefon, e-mel dan sebagainya.

Pengemaskinian boleh dilakukan melalui borang kemas kini di kaunter perkhidmatan ASSAR atau dengan menghubungi pejabat ASSAR di talian 082-401943, faks 082-401433, atau e-mel ke assar@assar.com.my.

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka rendah susulan peningkatan data AS
Next: Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham harga rendah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.