ASSAR sertai Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak di Kanowit esok

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Amanah Saham Sarawak Berhad (ASSAR) akan menyertai Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak Siri 4 Tahun 2026 anjuran Perbendaharaan Malaysia Sarawak di Dataran Kubu Emma, Kanowit, esok.

Program yang berlangsung dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang itu memberi peluang kepada penduduk sekitar Kanowit mendapatkan pelbagai perkhidmatan serta maklumat berkaitan ASSAR secara terus di reruai agensi berkenaan.

ASSAR dalam satu kenyataan memaklumkan, penyertaannya dalam program itu bertujuan memudahkan orang ramai berurusan selain meningkatkan kesedaran mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

POSTER Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak Siri 4 Tahun 2026.

Orang ramai turut dijemput mengunjungi reruai ASSAR bagi mendapatkan penerangan, khidmat nasihat serta maklumat berkaitan pelaburan dan urusan yang disediakan oleh pasukan ASSAR.

Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak Siri 4 Tahun 2026 itu akan berlangsung di Dataran Kubu Emma, Kanowit pada Sabtu, 25 Julai, bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

ASSAR turut mengalu-alukan kehadiran masyarakat setempat bagi memanfaatkan pelbagai perkhidmatan yang disediakan sepanjang program berlangsung.