Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • ASSAR hargai Pelabur Akaun Pendidikan melalui insentif kecemerlangan pelajaran
  • PENDIDIKAN

ASSAR hargai Pelabur Akaun Pendidikan melalui insentif kecemerlangan pelajaran

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATIN Norlia Madon menyampaikan Insentif Kecemerlangan Pelajaran Akaun Pendidikan ASSAR kepada wakil keluarga penerima dalam satu majlis ringkas di Kuching baru-baru ini sebagai penghargaan terhadap pencapaian akademik cemerlang anak pelabur.

KUCHING: Amanah Saham Sarawak Berhad (ASSB) baru-baru ini telah mengadakan Majlis Penyampaian Insentif Kecemerlangan Pelajaran ASSAR untuk menghargai prestasi kecemerlangan akademik anak pelabur Akaun Pendidikan ASSAR. 

Majlis ini bukan sahaja meraikan kejayaan pelajar tetapi juga mengiktiraf dedikasi dan komitmen keluarga dalam merancang masa depan pendidikan anak-anak.

Majlis ringkas tersebut bagi meraikan kejayaan Awang Amir Ridwan Awang Husslan, graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kuasa Elektrik (Kepujian) Kelas Pertama dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) yang telah diwakili oleh ibu bapa beliau. 

Selain itu, dua lagi penerima insentif turut memenuhikelayakan tersebut iaitu Mohamad Zafiruddin Zamren lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Kimia Kelas Pertama dari Universiti Malaya (UM) dan Valerie Nyawai Edrin lulusan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) namun tidak dapat hadir pada majlis berkenaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ASSB, Datin Norlia Madon, pemberian insentif ini merupakan sebahagian daripada komitmen ASSAR dalam menyokong perancangan pendidikan jangka panjang khususnya dalam membantu meringankan beban kewangan keluarga serta menggalakkan budaya menabung sejak awal.

“ASSAR bukan sekadar pelaburan untuk hari ini, tetapi satuusaha membina masa depan yang mampan. Insentif ini adalah penghargaan kami kepada ibu bapa dan pelabur yang bukan sahaja komited merancang kewangan malah berjaya membentuk generasi cemerlang yang menjadi harapan masa depan,” kata beliau.

Insentif ini diwujudkan khusus untuk menghargai pelaburAkaun Pendidikan ASSAR yang komited merancang masa depan anak-anak selari dengan pencapaian akademik dan disiplin pelaburan yang konsisten. Inisiatif ini mengukuhkan peranan ASSAR dalam membina ekosistem pendidikan yang mampan dan berdaya tahan di Sarawak.

Datin Norlia menambah, Akaun Pendidikan ASSAR menawarkan insentif tunai kepada pelajar cemerlang yang layak bermula dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Bagi peringkat SPM, pelajar yang memperoleh 8A ke atas layak menerima insentif sebanyak RM1,500, manakala pelajar yang memperoleh sekurang-kurangnya 6A, termasuk gred A dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik sekaligus layak menerima RM1,000.

Di peringkat Diploma pula, kadar insentif yang ditawarkan adalah berdasarkan kelayakan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) di mana PNGK 3.50 hingga 4.00 layak menerima RM2,000 manakala PNGK 3.00 hingga 3.49 akan menerima RM1,000. Untuk graduan Ijazah Sarjana Muda pula, RM2,000 bagi Kelas Pertama dan RM1,000 bagi Kelas Kedua.

Untuk pertanyaan lanjut atau pengesahan terma dan syarat, para pelabur boleh menghubungi pejabat ASSB di talian 082-231433 atau 019-3461433. Bagi mengikuti perkembangan terkini ASSAR, orang ramai boleh merujuk platform media sosial rasmi ASSAR di Facebook dan Instagram @amanahsahamsarawakberhad serta laman sesawang di www.assar.com.my.

Oleh Norman B

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Pelaksanaan APEL kukuhkan pengiktirafan pengalaman kerja di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.