Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • ASNB perkasa kemudahan zakat melalui kaedah kolektif Al-Mustaghallat
  • BISNES

ASNB perkasa kemudahan zakat melalui kaedah kolektif Al-Mustaghallat

Utusan Sarawak 3 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Pemegang Unit Amanah Dana Harga Tetap Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), yang beragama Islam kini boleh memilih kaedah pembayaran Zakat al-Mustaghallat secara kolektif (Khultah).

Dalam satu kenyataan hari ini, ASNB memaklumkan menerusi kaedah khultah, pemegang unit boleh menerima agihan pendapatan bersih selepas ditolak kadar zakat sebanyak 2.57 peratus yang dikira hanya ke atas pendapatan yang diagihkan dan bukannya ke atas modal pelaburan.

Menurutnya, bagi membolehkan ASNB menguruskan kewajipan zakat pemegang unit Muslim, berkuat kuasa 25 Mei, 2026, semua dana harga tetap telah distruktur semula kepada format berbilang kelas yang terdiri daripada Kelas A dan Kelas B.

Semua pemegang unit dana harga tetap sedia ada secara automatik berada dalam Kelas A, jelasnya.

“Tiada perubahan kepada pelaburan atau cara agihan pendapatan diterima dan pemegang unit akan menerima pengagihan pendapatan secara penuh, tanpa sebarang potongan zakat.

“Bagi Kelas B, ia terbuka kepada pemegang unit beragama Islam yang ingin mengurus zakat mereka dengan lebih mudah yang mana mereka akan menerima agihan pendapatan selepas potongan zakat,” tambah kenyataan itu.

ASNB menyatakan pemegang unit yang memilih untuk menguruskan zakat mereka secara sendiri boleh kekal dalam Kelas A, manakala pemilihan Kelas B membolehkan pemegang unit menikmati pengurusan zakat yang menyeluruh, sambil mengekalkan pulangan bersih yang kompetitif, seterusnya menyokong kesinambungan pelaburan jangka panjang.

“Hasil pungutan zakat berkenaan akan disalurkan ke pusat zakat negeri untuk diagihkan kepada asnaf mengikut ketetapan pihak berkuasa zakat.

“Kadar pembayaran zakat yang ditetapkan adalah 2.57 peratus untuk semua Dana Harga Tetap ASNB iaitu ASB, ASB 2, ASB 3 Didik, ASM, ASM 2 Wawasan dan ASM 3, selaras dengan pendekatan kalendar Masihi dan amalan piawaian perakaunan zakat antarabangsa,” tambah ASNB lagi.

Sementara itu, Pemangku Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) Datuk Rizal Rickman Ramli berkata penetapan kaedah baharu pembayaran zakat al-Mustaghallat secara kolektif merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan pihaknya dalam memperkukuh kesejahteraan sosioekonomi pemegang unit beragama Islam.

“ASNB menyediakan pilihan pembayaran zakat yang membolehkan pemegang unit menunaikan kewajipan mereka secara lebih mudah dan teratur selaras dengan ketetapan syariah,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa agama kebangsaan dan negeri berkaitan atas pertimbangan terhadap kaedah pengiraan zakat al-Mustaghallat secara Khultah.

“Kaedah ini menyokong pelaksanaan agihan zakat yang sistematik serta membantu pemegang unit mencapai matlamat pelaburan jangka panjang dengan pendapatan bersih yang kekal kompetitif,” tambah beliau. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: KWSP, PNB, KWAP akan peruntuk modal bagi menyokong prinsip My Value Up – TPM Zahid

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.