Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ASEZ WAO jayakan aktiviti pembersihan di Taman Flora Indah
  • TEMPATAN

ASEZ WAO jayakan aktiviti pembersihan di Taman Flora Indah

Utusan Sarawak 8 hours ago
SUKARELAWAN ASEZ WAO bersama komuniti setempat menyertai aktiviti pembersihan di Taman Flora Indah, Jalan Arang, Kuching, semalam.

KUCHING: Seramai 70 sukarelawan ASEZ WAO bersama komuniti setempat menyertai aktiviti pembersihan di Taman Flora Indah, Jalan Arang, di sini semalam.

Aktiviti bermula 7.00 pagi itu berlangsung selama empat jam dan meliputi kawasan sepanjang empat kilometer.

Sebanyak 800 kilogram (kg) sisa domestik berjaya dikumpulkan termasuk plastik, pembungkus makanan, tin minuman dan puntung rokok.

Menurut wakil ASEZ WAO, penglibatan belia mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar.

“Usaha tersebut menjadi langkah penting ke arah masa depan dan komuniti yang lebih mapan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

SUKARELAWAN ASEZ WAO bersama komuniti setempat menyertai aktiviti pembersihan di Taman Flora Indah, Jalan Arang, Kuching, semalam.

Majlis Perbandaran Padawan (MPP) menyokong program itu dengan menyediakan dua tong Ro-Ro melalui Trienekens (Sarawak) Sdn. Bhd.

Cr. Alvin Chong yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Ir. Lo Khere Chiang turut hadir menyampaikan sijil penghargaan kepada para sukarelawan.

Wakil Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Flora Indah berkata kejayaan program itu menggambarkan kerjasama erat antara agensi kerajaan dan komuniti.

LePaPa The Glen dan McDonald’s Batu Kawa turut menyumbang bekalan minuman serta makanan untuk para peserta.

ASEZ WAO ialah kumpulan sukarelawan pekerja belia dari Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan yang aktif dalam projek alam sekitar global.

ASEZ WAO sebelum ini melaksanakan program seperti Green Earth, Blue Ocean, Bebas Plastik 2040 dan Mother’s Forest di seluruh negara.

Organisasi itu turut menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa hasil inisiatif sukarelanya yang dijalankan di lebih 175 negara.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sharon Beatrice ditemui selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.