Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • ASEAN-SOME: Malaysia tegaskan komitmen teguh terhadap kerjasama tenaga serantau
  • SEMASA

ASEAN-SOME: Malaysia tegaskan komitmen teguh terhadap kerjasama tenaga serantau

Utusan Sarawak 10 hours ago
KETUA Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Mad Zaidi Mohd Karli (lapan kiri) bergambar bersama pegawai kanan tenaga dan wakil-wakil dari Sekretariat ASEAN serta Pusat Tenaga ASEAN semasa Mesyuarat Pegawai Kanan Tenaga ASEAN ke-43 (SOME) dan mesyuarat berkaitan hari ini. Foto BERNAMA

KUCHING: Malaysia sekali lagi menegaskan komitmen teguh untuk memperkukuh kerjasama tenaga serantau dengan memberi penekanan terhadap aspek keterangkuman dan kemampanan, selaku Pengerusi Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Tenaga (ASEAN-SOME) ke-43 yang berlangsung di sini hari ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Datuk Mad Zaidi Mohd Karli berkata tema yang dipilih Malaysia bagi semua libat urus sektor tenaga, iaitu ‘Powering ASEAN: Bridging Boundaries, Building Prosperity’, mencerminkan visi lebih luas Malaysia selaku Pengerusi ASEAN.

DATUK Mad Zaidi Mohd Karli, mempengerusikan Mesyuarat Pegawai Kanan Tenaga ASEAN ke-43 (SOME) dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan hari ini. Foto BERNAMA

“Tema ini penting kerana ia menekankan keperluan terhadap tenaga serta semangat dinamik dalam menjana pembangunan rantau ini bagi memacu kemajuan ASEAN.

“Ia juga mencerminkan matlamat utama integrasi ASEAN, iaitu untuk meningkatkan kualiti hidup penduduknya melalui pertumbuhan ekonomi, penciptaan peluang pekerjaan serta memberi penekanan kepada keterangkuman dan kemampanan demi manfaat semua lapisan masyarakat,” katanya dalam ucapan pembukaan mesyuarat tersebut.

Beliau turut yakin bahawa perbincangan hari ini akan menghasilkan kemajuan yang ketara, selaras dengan Keutamaan Ekonomi Utama (PED) Malaysia dan Keutamaan ASEAN bagi 2025, khususnya melibatkan inisiatif utama seperti Memorandum Persefahaman Grid Tenaga ASEAN (APG) dan Terma Rujukan bagi Rangka Kerja Pembangunan Kabel Kuasa Dasar Laut.

“Usaha kolaboratif tersebut sudah pasti akan menjadi asas penting kepada Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-43 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur,” katanya.

Mesyuarat ASEAN-SOME ke-43 dan mesyuarat berkaitan bermula hari ini hingga 18 Jun, melibatkan kira-kira 250 delegasi termasuk pegawai kanan tenaga serta wakil Sekretariat ASEAN dan Pusat Tenaga ASEAN.

Kesemua 10 negara anggota ASEAN iaitu Malaysia, Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam mengambil bahagian dalam mesyuarat itu, manakala Timor-Leste hadir sebagai pemerhati.

Turut serta ialah rakan dialog ASEAN seperti China, Korea Selatan, Jepun, Rusia dan Amerika Syarikat, selain wakil daripada Agensi Tenaga Boleh Diperbaharui Antarabangsa (IRENA), Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), Institut Penyelidikan Ekonomi ASEAN dan Asia Timur (ERIA), Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Bank Dunia. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Yayasan Pengakap Sarawak
Next: Mesyuarat pegawai kanan ASEAN di Kuching bermula hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.