Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • ASEAN sedia bantu Myanmar, Thailand dalam usaha tindak balas bencana – Menteri Luar Malaysia
  • SEMASA

ASEAN sedia bantu Myanmar, Thailand dalam usaha tindak balas bencana – Menteri Luar Malaysia

Utusan Sarawak 1 month ago
MENTERI Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan

PUTRAJAYA: ASEAN bersedia membantu Myanmar dan Thailand dalam usaha tindak balas bencana susulan gempa bumi pada Jumaat, selaras dengan keutamaan yang ditetapkan oleh kedua-dua negara, kata Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan.  

Beliau berkata bantuan itu akan disalurkan mengikut keutamaan yang ditetapkan bagi memastikan bantuan yang diberikan berkesan dan tersasar, menurut Kementerian Luar yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra dalam satu kenyataan, hari ini.  

Sejajar dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, Mohamad menegaskan semula solidariti Malaysia bersama negara-negara jiran ASEAN dan menekankan bahawa ASEAN bersedia menyokong Myanmar dan Thailand dalam usaha tindak balas bencana mereka.  

“Negara-negara Anggota ASEAN akan berkoordinasi secara rapat melalui Pusat Penyelarasan ASEAN bagi Bantuan Kemanusiaan dalam Pengurusan Bencana (AHA Centre) bagi memastikan bantuan kemanusiaan disampaikan dengan segera, tepat dan berkesan,” katanya.  

Menurut Majlis Pentadbiran Negara Myanmar, sekurang-kurangnya 144 orang maut dan 732 cedera dalam gempa bumi yang melanda tengah Myanmar, semalam.  

Kematian termasuk 96 di Nay Pyi Taw, 18 di Sagaing dan 30 di Kyaukse, manakala usaha menyelamat masih diteruskan susulan kerosakan besar pada bangunan, menurut laporan media antarabangsa. 

Malaysia mempengerusikan ASEAN untuk 2025. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: SK Nanga Pakan platform PBL 48 sekolah seluruh Sarawak
Next: Kontraktor lantikan terima LoA projek naik taraf fasiliti ICQS Sungai Tujoh  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.