Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • ASEAN perlu tingkatkan kesepaduan dalaman
  • BISNES

ASEAN perlu tingkatkan kesepaduan dalaman

Utusan Sarawak 2 months ago
TENGKU Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (enam, kiri) bersama ketua delegasi dari negara ASEAN dan Timor-Leste pada sesi bergambar sebelum memulakan Permukiman AEM ke-31 di Desaru, Johor hari ini. Turut hadir Timbalannya Liew Chin Tong (dua, kiri). Foto BERNAMA

KOTA TINGGI: ASEAN perlu meningkatkan kesepaduan dalaman dan mempelbagaikan kerjasama luarannya untuk mendepani cabaran ekonomi global, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata penting untuk ASEAN menilai situasi dinamik ini dan memahami kemungkinan yang dapat memberi impak besar kepada landskap ekonomi serantau.

Dalam ucapan perasmiannya semasa mempengerusikan Permukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) Ke-31 di Desaru, beliau menegaskan bahawa memperkukuh integrasi ekonomi serantau dapat membantu mengurangkan impak daripada perubahan dasar oleh negara-negara utama.

UCAPTAMA… Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyampaikan ucaptama ketika mempengerusikan Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-31 yang berlangsung di Desaru, hari ini.

Beliau turut menekankan kepentingan memacu inisiatif seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan meningkatkan kerjasama dengan rakan global.

“Antara inisiatif itu ialah cadangan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China, yang akan dibentangkan oleh Malaysia pada permukiman ini,” katanya.

Beliau turut mengiktiraf semangat perpaduan ASEAN yang telah dan akan terus menjadi asas kepada kemajuan blok ini.

“Saya menggalakkan kita semua untuk mengadakan perbincangan dengan minda terbuka, semangat kerjasama dan komitmen untuk memajukan kepentingan bersama kita. Saya menantikan perbincangan yang memberikan manfaat dan hasil positif daripada permukiman AEM ini,” katanya.

Mengenai pertumbuhan ekonomi ASEAN, katanya pelaburan langsung asing ke rantau ini melonjak daripada AS$129.9 bilion pada 2014 kepada AS$229.8 bilion pada 2023, menggariskan tarikan ASEAN yang berterusan kepada pelabur asing.

“Prospek ekonomi rantau kita kekal optimis dengan unjuran pertumbuhan sebanyak 4.6 peratus pada 2024 dan terus meningkat kepada 4.7 peratus pada 2025.

“Walaupun dilihat sederhana pada masa ini, ia adalah petunjuk yang baik mengenai keadaan ekonomi rantau kita yang berkembang,” katanya. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Sentimen berhati-hati dorong ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Next: Bursa Malaysia dijangka alami dagangan berhati-hati

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.