Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • ASEAN,  Korea Selatan setuju terima pelan tindakan 2026-2023
  • SEMASA

ASEAN,  Korea Selatan setuju terima pelan tindakan 2026-2023

Utusan Sarawak 7 hours ago

KUALA LUMPUR: ASEAN dan Korea Selatan bersetuju menerima Pelan Tindakan (POA) ASEAN-Korea Selatan (ROK) 2026 hingga 2030, sekali gus memperkukuh Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) antara kedua-dua pihak.

Timbalan Menteri Luar Pertama Korea Selatan Park Yoon Joo berkata pelan tindakan baharu itu akan menjadi panduan utama dalam menangani cabaran dan membuka ruang kerjasama pada masa hadapan.

“Berdasarkan POA baharu, ASEAN dan Korea Selatan akan merintis hala tuju bersama dalam menangani cabaran dihadapi termasuk ketidaktentuan rantaian bekalan global, perubahan iklim dan jenayah rentas negara.

“POA ini juga akan menjadi dokumen panduan untuk memperkukuh kerjasama yang mempunyai manfaat bersama pada masa depan termasuk kecerdasan buatan (AI), peralihan digital dan hijau,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Pasca Persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN bersama Korea Selatan, Jumaat.

Mesyuarat berkenaan berlangsung sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). 

 Park turut merakamkan penghargaan kepada Thailand selaku Penyelaras Negara, atas kepimpinan cemerlang yang dipamerkan sepanjang empat bulan sesi penggubalan di peringkat kerja di Jakarta.

Sementara itu, Park juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada negara anggota ASEAN atas sokongan dan kepercayaan mereka terhadap kekuatan serta ketahanan demokrasi Korea Selatan.

Di bawah pentadbiran baharu Presiden Lee Jae Myung, beliau berkata Korea Selatan berhasrat memperkukuh dan memperluas CSP bersama ASEAN berlandaskan kepercayaan, saling menghormati dan manfaat bersama.

Park berkata tema Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 ‘Keterangkuman dan Kemampanan’  adalah selaras dengan tema Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) iaitu ‘Membina Masa Depan Mampan’.

“Kami harap dapat bekerjasama dengan semua, terutamanya tujuh Negara Anggota ASEAN yang turut menganggotai APEC, bagi memaksimumkan sinergi antara kedua-dua entiti penting ini menjelang sidang kemuncak pada akhir tahun ini,” katanya.

ASEAN dan Korea Selatan menjalin hubungan dialog sektoral pada November 1989, sebelum diberikan status Rakan Dialog ASEAN pada AMM ke-24 di Kuala Lumpur pada Julai 1991.

AMM ke-58 dan mesyuarat berkaitan berlangsung empat hari bermula 8 Julai lepas, merangkumi 24 mesyuarat peringkat menteri, termasuk sesi libat urus bersama rakan dialog ASEAN dan rakan dialog sektoral.– Bernama

Continue Reading

Previous: Kemalangan helikopter: Pembantu juruterbang sempat telefon minta doakan keselamatan – Bapa
Next: Penduduk Malaysia dijangka 42.38 juta orang pada 2059

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.