Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Asbab jaga ibu, wanita OKU penglihatan terpilih tunai haji
  • NASIONAL

Asbab jaga ibu, wanita OKU penglihatan terpilih tunai haji

Utusan Sarawak 4 hours ago
ORANG kurang upaya (OKU) penglihatan, Siti Hadijah Abu Bakar, 50, (kiri) ditemani Nur Asma A Samat, 40, (kanan) sebagai ‘mata dan telinga’ buat dirinya sepanjang berada di Tanah Suci. Keikhlasan menjaga ibu dengan penuh kasih sayang meskipun dengan keterbatasan dirinya yang merupakan OKU penglihatan sejak kecil, mungkin menjadi “asbab” untuk Siti Hadijah dipilih menjadi tetamu Allah pada musim haji kali ini. Foto BERNAMA

MADINAH: Keikhlasan menjaga ibu dengan penuh kasih sayang meskipun dengan keterbatasan dirinya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) penglihatan sejak kecil, mungkin menjadi “asbab” untuk Siti Hadijah Abu Bakar dipilih menjadi tetamu Allah pada musim haji kali ini.

Bagi wanita berusia 50 tahun itu, peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci bukan sekadar rezeki malah dia percaya jemputan bagi menunaikan rukun Islam kelima tersebut merupakan rahmat yang hadir bersama doa seorang ibu yang tidak pernah putus.

“Saya betul-betul tak sangka boleh sampai ke sini. Ini semua dengan izin Allah,” katanya dengan nada sebak ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Dilahirkan dalam keluarga serba kekurangan, Siti Hadijah yang mesra disapa ‘Kak Jah’ berkongsi kisah hiba apabila enam daripada lapan adik-beradiknya mengalami masalah penglihatan. 

Walau bagaimanapun, kekurangan itu bukan alasan untuk dia mengabaikan tanggungjawab menjaga ibu dan pada masa sama membesarkan lima orang cahaya matanya.

“Kak Jah hanya menjalankan tugas seorang anak yang berkhidmat untuk mak sampai akhir hayat. Kak Jah tidak mahu apa-apa balasan sebab bantu mak, biarlah Allah yang balas,” katanya.

ORANG kurang upaya (OKU) penglihatan, Siti Hadijah Abu Bakar, 50, (kiri) ditemani Nur Asma A Samat, 40, (kanan) sebagai ‘mata dan telinga’ buat dirinya sepanjang berada di Tanah Suci. Keikhlasan menjaga ibu dengan penuh kasih sayang meskipun dengan keterbatasan dirinya yang merupakan OKU penglihatan sejak kecil, mungkin menjadi “asbab” untuk Siti Hadijah dipilih menjadi tetamu Allah pada musim haji kali ini. Foto BERNAMA

Lebih menyentuh hati, perjalanan suci Siti Hadijah ditemani seorang insan yang tidak mempunyai pertalian darah namun hadir sebagai ‘mata dan telinga’ buat dirinya sepanjang berada di Tanah Suci.

Insan berkenaan, Nur Asma A Samat, 40, merupakan guru besar di Pusat Tahfiz Al-Hidayah, Jalan Gurney, Kuala Lumpur, yang merupakan pusat pengajian anak Siti Hadijah.

Hubungan yang bermula antara ibu dan guru itu kemudian berkembang menjadi persahabatan erat, hingga membawa mereka bersama-sama ke Tanah Suci.

“Kalau bukan kerana pertolongan dia, mungkin saya tidak sampai ke sini,” kata Nur Asma 

Nur Asma menyifatkan peluang menemani Siti Hadijah sebagai satu ketentuan dan amanah besar daripada Allah SWT selepas hasratnya untuk menunaikan haji yang dipendam sejak 2017 akhirnya dimakbulkan melalui rayuan kali ketiga tahun ini.

“Alhamdulillah, rayuan kami diterima dan saya percaya mungkin kerana (keberkatan) Kak Jah juga Allah membuka jalan untuk kami sampai ke sini,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: AIROD perkukuh peranan hab MRO ketenteraan, meterai MoU dengan Airbus
Next: Yayasan MADANI sasar pembukaan satu outlet MADANI Mart di setiap DUN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.