Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Asap ‘fogging’ disangka kebakaran cetus kekecohan di Hotel Bintangor
  • Tengah
  • WILAYAH

Asap ‘fogging’ disangka kebakaran cetus kekecohan di Hotel Bintangor

Utusan Sarawak 4 hours ago
PASUKAN bomba menjalankan pemeriksaan dan pemantauan. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Keadaan cemas tercetus di sebuah hotel di sini hari ini apabila asap yang memenuhi ruang bangunan disangka kebakaran, sebelum disahkan berpunca daripada aktiviti pengasapan nyamuk (fogging) di kawasan sekitar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada 7.16 pagi.

“Respons dengan panggilan kecemasan, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Bakar Ujang bersama lima anggota bomba bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, dapati terdapat asap berada di dalam ruang bangunan hotel tersebut,” katanya.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati asap tersebut berpunca daripada aktiviti pengasapan nyamuk yang dijalankan di kawasan sekitar luar bangunan dan memasuki ruang dalam premis sehingga menyebabkan alat pengesan asap berbunyi.

“Tiada sebarang operasi pemadaman dijalankan memandangkan kejadian ini bukan berpunca daripada kebakaran sebenar.

“Pasukan bomba hanya menjalankan pemantauan di kawasan hotel tersebut bagi memastikan tiada sebarang risiko kebakaran berlaku.

“Pemantauan di lokasi tamat sepenuhnya pada 7.30 pagi,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Yayasan Pelabuhan Bintulu bantu 100 asnaf sempena Ramadan
Next: Projek pemuliharaan sungai di Meradong dilaksana bagi tingkat sistem saliran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.