Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Asap dari rumah kosong rupanya kebakaran kecil di bumbung
  • KEBAKARAN

Asap dari rumah kosong rupanya kebakaran kecil di bumbung

Utusan Sarawak 4 hours ago
ANGGOTA bomba menjalankan kerja pemadaman kebakaran kecil di bahagian bumbung rumah kosong di Taman Palma Indah berhampiran Sekolah Vokasional Matang, Kuching. Foto JBPM

KUCHING: Kepulan asap yang dilihat keluar dari sebuah rumah tidak berpenghuni di Lorong 2C, Taman Palma Indah berhampiran Sekolah Vokasional Matang, di sini, petang tadi berpunca daripada kebakaran kecil di bahagian bumbung.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.28 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya tiba di lokasi pada 4.43 petang dan mendapati kebakaran berlaku di bahagian bumbung rumah yang tidak berpenghuni.

ANGGOTA bomba menjalankan kerja pemadaman kebakaran kecil di bahagian bumbung rumah kosong di Taman Palma Indah berhampiran Sekolah Vokasional Matang, Kuching. Foto JBPM

“Kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas dan turut menyebabkan sebuah kerusi musnah sepenuhnya, namun tidak melibatkan struktur utama bangunan,” kata Komander Operasi PBK I Mohd Nizam Bujang dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Pasukan Keluaran Operasi menjalankan kerja pemadaman menggunakan dua aliran salur bantu mula sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya.

Operasi dilaporkan terkawal sebelum ditamatkan sepenuhnya pada 5.25 petang selepas keadaan di lokasi disahkan selamat. Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Oleh Adele Rissa

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Motosikal musnah terbakar di Jalan Tebakang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.