Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • AS sekat visa pekerja firma teknologi China
  • GLOBAL

AS sekat visa pekerja firma teknologi China

Utusan Sarawak 5 years ago
SETIAUSAHA Negara AS, Mike Pompeo

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa kepada beberapa pekerja firma teknologi China, termasuk Huawei, atas dakwaan mereka menyokong rejim yang terlibat dalam pelanggaran hak asasi manusia, lapor agensi berita Sputnik, memetik Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo pada Rabu.

“Hari ini, Jabatan Luar Negara mengenakan sekatan visa terhadap pekerja tertentu daripada syarikat teknologi China yang memberikan sokongan material kepada rejim yang terbabit dengan pelanggaran hak asasi manusia di seluruh dunia. 

“Di bawah Seksyen 212 (a) (3) (C) Akta Imigresen dan Kewarganegaraan, orang asing tidak boleh diterima ke AS sekiranya Setiausaha Negara mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa kemasukan orang asing itu berpotensi membawa kesan buruk terhadap dasar luar negara AS,” kata Pompeo.

Pompeo berkata sekatan itu juga mensasarkan syarikat gergasi teknologi China, Huawei.

“Beberapa pekerja Huawei memberikan sokongan material kepada rejim PKC (Parti Komunis China) yang melakukan pelanggaran hak asasi manusia,” kata Pompeo.

“Syarikat telekomunikasi di seluruh dunia harus membuat pertimbangan sendiri: Jika mereka melakukan perniagaan dengan Huawei, mereka melakukan perniagaan dengan pelanggar hak asasi manusia.”- Bernama

Continue Reading

Previous: Abbas sedia runding dengan Israel
Next: Banjir ‘tenggelamkan’ Sulawesi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.