Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • AS pantau rapat situasi India-Pakistan
  • GLOBAL

AS pantau rapat situasi India-Pakistan

Utusan Sarawak 2 days ago
WANITA Kashmir berjalan melepasi jalan ketika anggota separa tentera India berkawal di Srinagar hari ini berikutan ketegangan sempadan. India dan Pakistan bertukar artileri berat di sepanjang sempadan yang dipertandingkan hari ini selepas New Delhi melancarkan serangan peluru berpandu ke atas musuh ketatnya dalam peningkatan besar antara negara jiran bersenjata nuklear. Foto AFP

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) memantau rapat situasi antara India dan Pakistan susulan serangan peluru berpandu oleh India ke atas sasaran di Pakistan dan Wilayah Kashmir yang ditadbir Pakistan, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik kenyataan Setiausaha Negara Marco Rubio pada Selasa.

Rubio turut menyuarakan harapan agar ketegangan itu dapat diselesaikan dengan segera menerusi satu hantaran di platform X.

“Saya menyokong kenyataan @POTUS awal hari ini bahawa diharapkan perkara ini dapat berakhir dengan segera dan kami akan terus berhubung dengan kepimpinan India dan Pakistan ke arah penyelesaian secara aman,” katanya merujuk kepada kenyataan Presiden AS Donald Trump sebelum itu.

Trump ketika sidang media terdahulu turut mengulas situasi itu dan menekankan kepentingan untuk meredakan ketegangan antara dua negara yang memiliki senjata nuklear.

“Ia satu perkara yang menyedihkan. Kami baru sahaja dimaklumkan sejurus melangkah masuk ke Pejabat Oval. Saya hanya berharap ia akan berakhir dengan segera,” kata beliau.

Rubio yang turut memegang jawatan sebagai penasihat keselamatan negara dilaporkan telah mengadakan perbincangan dengan penasihat keselamatan negara India dan Pakistan pada Selasa, menurut Jabatan Negara AS.

“Awal petang tadi, @SecRubio telah menghubungi penasihat keselamatan negara dari India dan Pakistan. Beliau menggesa kedua-dua pihak agar terus membuka saluran komunikasi dan mengelak sebarang peningkatan ketegangan,” menurut kenyataan jabatan itu di platform X.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas India mengumumkan bahawa ia telah melancarkan serangan peluru berpandu dalam apa yang dinamakan sebagai “Operasi Sindoor” ke atas beberapa lokasi di Pakistan dan Wilayah Jammu dan Kashmir yang ditadbir Pakistan.

Ketegangan terbaharu itu tercetus susulan serangan pada 22 April di Pahalgam, Kashmir yang ditadbir India, yang mengorbankan 26 orang. India menyalahkan Pakistan atas serangan itu dan mendakwa terdapat kaitan rentas sempadan, namun Pakistan menafikan penglibatan dalam kejadian berkenaan.

– Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Indonesia lancar inisiatif perumahan untuk wartawan
Next: China setuju bincang dengan AS tentang ‘perang tarif’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.