PEMAIN tengah Barcelona, Arthur Melo akan menyertai Juventus pada akhir musim ini, dengan Miralem Pjanic bergerak ke arah yang bertentangan, umum dua kelab itu kelmarin.
Barcelona berkata mereka telah membayar 60 juta euro ditambah dengan potensi bonus lima juta euro untuk pemain Bosnia, Pjanic setelah sebelumnya mengesahkan Juventus akan membayar 72 juta euro dan tambahan lain 10 juta untuk Arthur.
Kedua-dua perjanjian telah dilakukan secara berasingan, yang membolehkan kedua-dua kelab meningkatkan angka keuntungan menjelang akhir tahun kewangan pada 30 Jun.
Kontrak empat tahun Pjanic merangkumi klausa pelepasan 400 juta euro sementara Juventus berkata kontrak Arthur akan berlangsung selama lima tahun, sehingga Jun 2025.
Arthur dan Pjanic akan tetap bersama pasukan mereka sekarang hingga akhir kempen 2019/20, yang akan merangkumi peringkat terakhir Liga Juara-Juara UEFA pada bulan Ogos.
Ini menimbulkan kemungkinan bahawa Arthur dan Pjanic boleh saling berhadapan, dan kelab baru mereka, dalam final lapan Liga Juara-Juara di Portugal, sekiranya kedua-dua pasukan memenangi perlawanan pusingan kedua masing-masing.
Dalam satu kenyataan, Juventus berkata bahawa mereka telah menandatangani Arthur dengan bayaran “72 juta euro dalam empat tahun. Nilai pembelian mungkin meningkat maksimum 10 juta euro jika memenuhi syarat-syarat tertentu selama jangka masa kontrak.”
Arthur, pemain antarabangsa Brazil, hanya menyertai Barca dari Gremio pada 2018 dan dipuji sebagai bintang masa depan kelab, dengan banyak yang meramalkan beliau sebagai pengganti jangka panjang kepada Xavi Hernandez di bahagian tengah.
Selepas permulaan yang memberangsangkan, pemain berusia 23 tahun itu menjadi salah satu daripada beberapa pemain yang mengalami kemerosotan musim ini tetapi motivasi utama penjualannya di anggap kewangan.
Pemergian Arthur menempatkan lebih banyak pemeriksaan ke atas lemmbaga dan presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu. Mereka telah mengawasi sejumlah perpindahan sembarangan di pasar perpindahan dan telah dituduh gagal menerapkan petunjuk arah yang jelas untuk kelab. – AFP