Arteta puji penyokong, faktor kebangkitan Arsenal

Facebook
WhatsApp
Mikel Arteta puji penyokong Arsenal yang mencetus suasana ‘panas’ di Emirates hingga bantu pasukan mara ke final. Foto AFP

LONDON: Pengurus Mikel Arteta memuji penyokong Arsenal yang disifatkan “menetapkan standard” selepas suasana luar biasa di Emirates membantu pasukan itu mara ke final Liga Juara-Juara.

Arsenal mengesahkan tiket final dengan agregat 2-1 ke atas Atletico Madridselepas menang 1-0 pada aksi kedua hasil jaringan Bukayo Saka.

Aksi Bukayo Saka menjaringkan gol kemenangan Arsenal ketika menewaskan Atletico Madrid 1-0 di Stadium Emirates. Foto AFP

Menurut Arteta, sokongan padu penyokong sejak sebelum sepak mula menjadi pemangkin kebangkitan pasukan.

“Ini malam luar biasa. Tenaga, semangat dan sokongan mereka sangat menakjubkan. Pemain ‘menyerap’ aura itu di atas padang,” katanya.

Arsenal kini bakal berdepan Paris Saint-Germain atau Bayern Munich di Budapest hujung bulan ini, 20 tahun selepas penampilan final terakhir mereka.

Arteta turut memuji semangat berpasukan pemainnya walaupun ada yang tidak diturunkan.

“Saya buat keputusan sukar, tetapi reaksi mereka hebat. Mereka tetap bersama pasukan. Itu yang saya mahukan,” jelasnya.

Beliau juga menyifatkan Saka sebagai watak paling layak menjadi wira kemenangan.

Sementara itu, jurulatih Atletico Diego Simeone mengakui Arsenal berhak mara selepas memanfaatkan peluang terbaik mereka.

Arsenal kini semakin hampir melakar sejarah apabila turut mendahului saingan Premier League dalam misi memburu kejuaraan berganda. – AFP

Nova tinggalkan BAM, kembali ke Indonesia

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto akan menamatkan perkhidmatannya dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) penghujung bulan ini dan