Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Arteta mahu Arsenal kawal emosi
  • SUKAN

Arteta mahu Arsenal kawal emosi

Utusan Sarawak 3 hours ago

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mahu anak buahnya mengawal emosi dan kekal lapar memburu kejuaraan EPL musim ini. Foto fail AFP

LONDON: Mikel Arteta menggesa Arsenal mengawal emosi dengan sebaiknya ketika perlumbaan memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris semakin mendebarkan hingga ke penghujung musim.

Arsenal berpeluang melebarkan jurang kepada enam mata di depan Manchester City jika menewaskan Fulham di Stadium Emirates, awal pagi esok.

Namun, prestasi The Gunners sejak kebelakangan ini kurang meyakinkan selepas beberapa keputusan hambar termasuk kekalahan penting kepada City dan Bournemouth yang menjejaskan kedudukan mereka.

Kemenangan tipis 1-0 ke atas Newcastle minggu lalu juga belum cukup membuktikan Arsenal sudah mengatasi tekanan perebutan gelaran.

Bagaimanapun, Arteta mahu pemainnya melihat situasi itu dari sudut positif ketika mereka kini hanya berbaki empat perlawanan untuk menamatkan kemarau 22 tahun tanpa kejuaraan liga.

“Emosi memang perlu dikawal dengan cara yang betul, tetapi saya lebih mahu lihat keinginan dan semangat lapar yang kami tunjukkan sepanjang musim ini.

“Kami hanya ada empat perlawanan lagi dan segalanya masih terbuka. Inilah detik terbaik,” katanya.

Selepas bertemu Fulham, Arsenal akan bermain dua perlawanan lebih banyak berbanding City yang bakal menentang Everton Isnin ini, sekali gus memberi tekanan tambahan dalam persaingan yang mungkin ditentukan menerusi perbezaan gol.

Pada masa sama, Arsenal turut perlu menyeimbangkan cabaran liga dengan misi memburu trofi Liga Juara-Juara selepas seri 1-1 dengan Atletico Madrid pada separuh akhir pertama.

Arteta tetap yakin skuadnya mempunyai kekuatan mental dan fizikal untuk bersaing di kedua-dua pentas.

“Kami masih ada tenaga dan kami merancang untuk menjuarai Liga Perdana. Kami berada tepat di kedudukan yang kami mahukan. Sekarang teruskan perjuangan,” katanya.

Kai Havertz dan Jurrien Timber masih belum pulih daripada kecederaan, namun Arteta memuji kemampuan pasukannya mengharungi musim sukar meskipun beberapa tonggak utama terpaksa diketepikan. – AFP

Continue Reading

Previous: Carrick anggap saingan dengan Liverpool tetap ‘istimewa’
Next: Salah tenang dengan keputusan tinggalkan Liverpool lebih awal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.