Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Arteta kecewa keputusan seri, Arsenal kini lima mata di belakang Liverpool
  • SUKAN

Arteta kecewa keputusan seri, Arsenal kini lima mata di belakang Liverpool

Utusan Sarawak 4 weeks ago
REAKSI pengurus Arsenal, Mikel Arteta selepas tamat perlawanan. Foto AFP

LONDON: Mikel Arteta meluahkan rasa sangat kecewa kerana Arsenal hanya meraih satu mata menentang Manchester City sambil menegaskan The Gunners mendominasi juara Liga Perdana Inggeris (EPL) lapan kali itu.

Arsenal mengehadkan penguasaan bola lawan hanya kepada 32.8 peratus, rekod terendah pasukan kendalian Pep Guardiola dalam saingan liga utama, namun hampir tewas sehingga masa kecederaan sebelum Gabriel Martinelli meledak penyudah hebat untuk membatalkan gol minit kesembilan Erling Haaland.

Keputusan itu mengekalkan rekod cemerlang Arteta menentang bekas bosnya, Guardiola, tetapi Arsenal kini ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Liverpool manakala City berada di tangga kesembilan.

“Saya sangat bangga dengan pasukan… cara kami bermain, kami mendominasi mereka, dan saya sangat kecewa dengan keputusan ini.

“Kami bermula dengan sangat baik, begitu dominan, kami bermain di kawasan mereka dan tidak benarkan mereka bangkit, tetapi dalam satu situasi yang kelam-kabut apabila bola melantun, ada perebutan, kami kalah, dan tiba-tiba mereka mendapat ruang. Mereka cukup berbahaya di situ dan menyudahkan dengan kualiti yang mereka ada.

“Selepas itu kami sedikit goyah selama lima minit. Sangat tidak adil untuk bolos gol itu berdasarkan apa yang kami lakukan. Kemudian kami kembali mendominasi perlawanan sepenuhnya,” kata Arteta kepada Sky Sports.

Menerusi perubahan taktikal yang sangat luar biasa, Guardiola menamatkan aksi dengan formasi 5-4-1, menurunkan empat pertahanan tengah iaitu Josko Gvardiol, Ruben Dias, Nathan Ake dan John Stones, selepas mengeluarkan ketiga-tiga penyerangnya.

City berjaya mengehadkan pergerakan Arsenal apabila tuan rumah hanya melepaskan 12 percubaan dengan tiga daripadanya tepat ke sasaran, dan ia memerlukan detik magis daripada Eberechi Eze sebelum Martinelli akhirnya berjaya menewaskan Gianluigi Donnarumma.

Perubahan taktikal Guardiola itu turut disedari pemain tengah Arsenal, Declan Rice.

“Sepanjang saya di Arsenal, saya rasa kami tidak pernah mendominasi perlawanan menentang Man City seperti yang kami lakukan hari ini,” kata Rice kepada Sky Sports.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Martinelli selamatkan Arsenal
Next: Sarawak sasar juara keseluruhan BGK 2025 – Dr Ripin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.