Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Arteta berang Arsenal dinafikan penalti
  • SUKAN

Arteta berang Arsenal dinafikan penalti

Utusan Sarawak 4 hours ago
ARSENAL kendalian Mikel Arteta terlepas peluang untuk melebarkan jurang kepada sembilan mata di puncak Liga Perdana Inggeris. Foto AFP

NOTTINGHAM (UK): Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, mendakwa pasukannya dinafikan ‘penalti jelas’ ketika terikat 0-0 menentang Nottingham Forest dalam aksi Liga Perdana Inggeris di City Ground, awal pagi tadi, walaupun The Gunners kini tujuh mata di hadapan di puncak liga.

Forest terselamat daripada hukuman penalti selepas semakan VAR pada minit-minit akhir perlawanan apabila bola dilihat mengenai lengan pertahanan, Ola Aina.

Arsenal kekal berada di landasan tepat untuk menamatkan penantian 22 tahun menjulang kejuaraan liga, namun gagal memanfaatkan sepenuhnya prestasi hambar Manchester City pada 2026 selepas melepaskan empat mata dalam dua perlawanan liga terakhir.

“Sudah tentu kami kecewa kerana kami mahukan tiga mata,” kata Arteta.

“Kami tidak membenarkan satu pun percubaan ke gawang sendiri, mencipta empat peluang besar dan di samping itu, terdapat penalti jelas yang tidak diberikan.

“Memang benar dia (Aina) menyentuh bola dengan bahu, tetapi kemudian dia menggerakkan lengannya untuk menahan bola supaya kekal dalam padang, jadi itu penalti yang jelas.”

Masalah ketumpulan jentera serangan terus menghantui pasukan kendalian Arteta musim ini, walaupun mereka menguasai kedudukan teratas liga.

“Kami boleh bermain lebih baik, tetapi perkara ini berlaku kepada semua pasukan dalam liga,” tambah pengendali dari Sepanyol itu.

“Kami perlu memperbaiki diri dan menjadi lebih baik, terutamanya apabila mencipta empat peluang besar, anda perlu menyudahkannya.”

Pengurus Forest, Sean Dyche, bagaimanapun mempunyai pandangan berbeza mengenai insiden membabitkan Aina.

“Kalau itu penalti, lebih baik batalkan sahaja bola sepak,” kata Dyche, selepas pasukannya kini lima mata di atas zon penyingkiran. – AFP

Continue Reading

Previous: Wirtz akui seri Liverpool terasa seperti kekalahan
Next: Salah gagal sempurnakan penalti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.