Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ART BEROPERASI 2025
  • TEMPATAN

ART BEROPERASI 2025

Utusan Sarawak 3 years ago
KENANGAN… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Moderator, Kadir Dikoh (kiri) bergambar semasa sesi Sembang Politik anjuran Utusan Sarawak dan Jiwa Bakti tentang Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), semalam.• Foto ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yakin projek sistem Transit Aliran Automasi (ART) yang melibatkan pembinaan dua jajaran laluan sepanjang 52.6 kilometer (km) dijangka beroperasi pada 2025.

Katanya, ART ini tidak seperti LRT yang mana ia lebih murah sekali gus dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas terutamanya di kawasan Kuching dan Kota Samarahan.

“Pada mulanya kita hendak bangunkan LRT namun ia tidak sesuai untuk dilaksanakan. Oleh itu, kita ambil keputusan untuk bangunkan ART bagi memudahkan penduduk dapat ulang-alik di kawasan bandar,” katanya pada sesi Sembang Politik di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), semalam.

Tambahnya, Projek ART adalah seperti separuh bas dan separuh kereta api yang bersambung dengan menggunakan peranti yang dapat mengesan jalan selain khidmat pemandu masih diperlukan.

“Buat masa ini ART telah digunakan di negara China dan merupakan teknologi terbaharu. Untuk itu kerja-kerja reka bentuk sedang dilaksanakan,” jelas Abang Johari lagi.

Sementara itu, Sarawak Metro Sdn Bhd sebagai anak syarikat milik penuh Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) telah ditubuhkan pada Februari 2018 bertujuan membangun dan mengurus pengoperasian ART.

Pembinaan dijangka bermula pada tahun hadapan iaitu suku tahun ketiga 2022.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Balai Ringin kian rancak membangun
Next: Terus beri sumbangan kepada masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.