Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Arshela Abdullah wakili Malaysia ke Miss Icon International 2025 di Kemboja
  • INSPIRASI

Arshela Abdullah wakili Malaysia ke Miss Icon International 2025 di Kemboja

Utusan Sarawak 7 hours ago
RATU cantik berdarah Iban-Bugis dari Bintulu, Arshela Abdullah.

KUALA LUMPUR: Arshela Abdullah, ratu cantik berdarah Iban-Bugis dari Bintulu yang kini menetap di Kuching, akan mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss Icon International 2025 di Phnom Penh, Kemboja dari 18 hingga 26 Mei ini. 

Dinobatkan sebagai Miss Icon Malaysia 2025, Arshela bukan asing dalam dunia ratu cantik dengan pencapaian termasuk Miss Petite Sarawak 2019, Miss Petite Global Borneo 2022, tempat kedua Miss Global Asian 2025 dan Top 21 Miss Supranational 2021. 

Graduan Ijazah Sarjana Muda TESL ini sedang giat menjalani latihan intensif dalam pengucapan awam, catwalk dan persembahan bakat sebagai persediaan ke pentas antarabangsa. 

Arshela menyifatkan peluang ini sebagai satu penghormatan dan tanggungjawab besar. 

Katanya, beliau ingin membuktikan bahawa bakat tempatan mampu bersinar di pentas antarabangsa dan berharap dapat membawa kemenangan yang membanggakan negara

Kejayaan beliau ke pentas ini turut didukung oleh Leading Management, sebuah organisasi ternama dalam bidang pertandingan ratu cantik cilik di Malaysia, yang telah memilih Arshela sebagai wakil negara berdasarkan kredibiliti dan pencapaiannya sebelum ini.

Tags: inspirasi

Continue Reading

Previous: GenKRU terima dua pengiktirafan Malaysia Book of Records

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.