Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Arsenal tunjuk gaya juara – Arteta
  • SUKAN

Arsenal tunjuk gaya juara – Arteta

Utusan Sarawak 2 days ago
PENGURUS Arsenal dari Sepanyol, Mikel Arteta (kanan), memeluk pertahanan Arsenal dari Brazil, Gabriel Magalhães (#06) (kiri), di atas padang selepas perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Newcastle United dan Arsenal di St James’ Park, Newcastle-upon-Tyne, timur laut England pada 28 September 2025. Arsenal memenangi perlawanan itu 2-1. Foto AFP

LONDON: Arsenal membuktikan keazaman untuk bergelar juara apabila menundukkan Newcastle 2-1, kata pengendalinya Mikel Arteta selepas dua jaringan lewat permainan memastikan kemenangan penting di St James’ Park awal pagi tadi.

Nick Woltemade meletakkan Newcastle di depan pada babak pertama, namun kebangkitan dramatik Arsenal hadir apabila Mikel Merino menanduk masuk gol penyamaan minit ke-84 sebelum Gabriel Magalhaes memastikan tiga mata dengan jaringan dalam masa kecederaan (m-96).

Kemenangan ini hadir sehari selepas Liverpool mengalami kekalahan pertama musim ini di tangan Crystal Palace, sekali gus mengangkat Arsenal ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris dengan hanya dua mata di belakang juara bertahan itu.

PEMAIN tengah Arsenal dari Sepanyol, Mikel Merino (#23) (tengah), menanduk masuk gol pertama pasukannya semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Newcastle United dan Arsenal di St James’ Park, Newcastle-upon-Tyne, timur laut England pada 28 September 2025. Foto AFP

Arteta berkata skuadnya sudah menunjukkan tanda-tanda mampu melangkah “ke tahap seterusnya” dalam misi memburu kejuaraan pertama sejak 2004.

“Kami berbincang bahawa untuk ke tahap seterusnya, anda perlu belajar daripada masa lalu. Kami sudah melalui detik sukar di stadium ini, tetapi hari ini adalah peluang untuk menunjukkan siapa kami, siapa yang kami mahu jadi, dan cara kami mahu bermain,” kata Arteta.

Arsenal menamatkan rekod buruk tiga kekalahan berturut-turut di St James’ Park, sekali gus menutup mulut pengkritik selepas gagal menewaskan Liverpool dan Manchester City pada awal musim.

Bagi Newcastle, luka lama berdarah kembali selepas sebelum ini tewas 3-2 kepada Liverpool hasil gol minit ke-100.

Pengendali Newcastle, Eddie Howe mengakui pasukannya masih belum mencapai prestasi musim lalu ketika mereka menjuarai Piala Liga dan layak ke Liga Juara-Juara Eropah.

“Dua gol lewat di laman sendiri sangat menyakitkan. Tiada kekurangan usaha, tetapi daripada segi permainan bola sepak, kami tidak berada pada tahap sebenar,” kata Howe. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Liga Super: Kuching City FC tewaskan Imigresen FC 4-0
Next: Villa raih kemenangan pertama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.