Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Arsenal tersungkur, Southampton cipta kejutan
  • SUKAN

Arsenal tersungkur, Southampton cipta kejutan

Utusan Sarawak 15 hours ago
PEMAIN Southampton, Shea Charles meraikan jaringan kemenangan ketika menewaskan Arsenal 2-1 di St Mary’s. Foto AFP

SOUTHAMPTON (UK): Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal dikejutkan apabila tersingkir daripada suku akhir Piala FA selepas tewas 2-1 kepada kelab divisyen kedua, Southampton, awal pagi tadi.

Pasukan kendalian Mikel Arteta itu tumbang hasil jaringan lewat Shea Charles sekali gus menambah derita selepas tewas final Piala Liga sebelum ini.

Southampton terlebih dahulu di depan menerusi Ross Stewart sebelum Victor Gyokeres menyamakan kedudukan, namun gol minit akhir Charles memastikan kemenangan sensasi tuan rumah.

Kekalahan itu menjejaskan peluang Arsenal menamatkan kemarau trofi enam tahun, meskipun mereka masih selesa di puncak liga.

Kini fokus The Gunners beralih kepada saingan Liga Juara-Juara menentang Sporting Lisbon.

– AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: ‘Hatrik’ Haaland hancurkan Liverpool, City mara ke separuh akhir
Next: Piala Malaysia: Pertahanan hebat Kuching City paksa Selangor FC kongsi mata di separuh akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.