Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Arsenal semakin hampiri kejuaraan, Saka muncul hero
  • SUKAN

Arsenal semakin hampiri kejuaraan, Saka muncul hero

Utusan Sarawak 7 hours ago

Saka meraikan jaringan tunggal kemenangan Arsenal ketika menentang Brighton di Stadium Amex.

BRIGHTON (UK): Arsenal membuktikan mereka tidak hanya bergantung kepada situasi bola mati apabila jaringan Bukayo Saka menghadiahkan kemenangan 1-0 ke atas Brighton & Hove Albion dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Amex, sebentar tadi.

Saka yang menyambut penampilan ke-300 bersama The Gunners muncul wira apabila percubaannya pada minit kesembilan terkena pertahanan lawan sebelum menerjah celah kaki penjaga gol Brighton, sekali gus memastikan tiga mata berharga buat pendahulu liga itu.

Skuad kendalian Mikel Arteta tidak beraksi pada tahap terbaik, namun disiplin dan kecekapan benteng pertahanan membolehkan mereka melebarkan jurang kepada tujuh mata mengatasi pencabar terdekat, Manchester City. 

Keputusan itu hadir selepas City sekadar seri 2-2 menentang Nottingham Forest sekali gus meletakkan takdir kejuaraan di tangan Arsenal, biarpun masih memiliki satu perlawanan dalam tangan.

Arsenal yang memburu empat trofi musim ini terus mempamerkan kematangan berbanding dua musim lalu apabila tidak lagi mudah goyah dalam detik genting perebutan kejuaraan. 

Kemenangan ini juga kemenangan liga ketiga berturut-turut buat mereka.

Brighton cuba bangkit pada babak kedua menerusi percubaan Georginio Rutter dan Yankuba Minteh, namun penjaga gol Arsenal, David Raya, serta barisan pertahanan berjaya mengekang asakan tuan rumah.

Arsenal kini semakin menghampiri kejuaraan liga pertama sejak 2004, dengan baki saingan yang semakin singkat dan momentum jelas memihak kepada mereka. – AFP

Continue Reading

Previous: All England 2026: Khai Xing-Aaron cipta sensasi singkir beregu nombor empat dunia
Next: Buruan kejuaraan City tercalar, Forest ikat 2-2

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.