Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Arsenal sambar Kepa dari Chelsea, perkuat gawang
  • SUKAN

Arsenal sambar Kepa dari Chelsea, perkuat gawang

Utusan Sarawak 19 hours ago

Kepa ketika dipinjamkan ke Bournemouth. Foto AFP

LONDON: Arsenal memperkuatkan posisi penjaga gol dengan mendapatkan khidmat Kepa Arrizabalaga dari Chelsea menerusi yuran perpindahan dilaporkan bernilai £5 juta (RM28.7 juta).

Penjaga gol berusia 30 tahun dari Sepanyol itu masih memegang rekod sebagai penjaga gol termahal dalam sejarah selepas perpindahannya bernilai £71 juta (RM408.7 juta) dari Athletic Bilbao ke Chelsea pada 2018.

Namun, Kepa gagal memenuhi jangkaan berdasarkan nilai perpindahannya apabila semakin tersisih di Stamford Bridge sebelum dipinjamkan ke Real Madrid dan Bournemouth dalam dua musim terakhir.

Di Arsenal, Kepa dijangka berperanan sebagai penjaga gol kedua di belakang penjaga gawang utama, David Raya.

The Gunners dilaporkan sudah mengaktifkan klausa pembelian £5 juta dalam kontrak Kepa bersama Chelsea yang ditandatangani tahun lalu.

Di bawah kendalian Mikel Arteta, Arsenal menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tempat kedua selama tiga musim berturut-turut, namun masih belum memenangi sebarang trofi utama sejak kali terakhir menjulang Piala FA pada 2020.

“Saya rasa kami semakin hampir untuk menang dan semoga bersama-sama, kami mampu mencapainya,” kata Kepa dalam kenyataan dikeluarkan Arsenal.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu menjadi pemain pertama yang ditandatangani Arsenal dalam jendela perpindahan kali ini.

Martin Zubimendi dari Real Sociedad juga dilaporkan semakin hampir untuk menyertai kelab London itu, manakala rundingan dengan kapten Brentford, Christian Norgaard, berada di peringkat akhir.

“Kami sangat gembira dengan kehadiran Kepa. Dia membawa banyak pengalaman yang akan dimanfaatkan oleh rakan sepasukannya dan dia juga mempunyai semangat tinggi untuk menang.

“Kepa seorang yang rajin dan akan meningkatkan tahap pasukan. Saya tahu dia akan mudah menyesuaikan diri kerana sudah mengenali beberapa pemain kami, dan kami amat teruja dengan masa depannya bersama Arsenal,” kata Arteta. – AFP

Continue Reading

Previous: WFC A Saratok ungguli Pertandingan Badminton Lelaki Pesta Saratok 2025
Next: Wei Chong- Kai Wun  fokus tingkatkan prestasi, bukan kejar gelaran semata-mata

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.