Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Arsenal perlu sekat ‘gangguan luar’ dalam perebutan gelaran – Rice
  • SUKAN

Arsenal perlu sekat ‘gangguan luar’ dalam perebutan gelaran – Rice

Utusan Sarawak 4 hours ago
REAKSI kecewa Mikel Arteta selepas Arsenal diikat 1-1 oleh Brentford. Foto AFP

LONDON: Pemain tengah Declan Rice menegaskan Arsenal tidak boleh terpengaruh dengan tekanan dan cakap-cakap luar susulan saingan sengit kejuaraan Premier League musim ini.

Arsenal terikat 1-1 dengan Brentford awal pagi tadi, sekali gus menyaksikan Manchester City kini hanya empat mata di belakang mereka di puncak liga.

Skuad kendalian Mikel Arteta sebelum ini selesa mendahului sembilan mata, namun kebangkitan lewat City menewaskan Liverpool 2-1 hujung minggu lalu berpotensi menjadi titik perubahan dalam perebutan gelaran.

City terus mengekalkan momentum dengan kemenangan 3-0 ke atas Fulham, manakala Arsenal gagal bangkit apabila sekadar meraih satu mata di barat London.

Noni Madueke meletakkan pelawat di depan sebelum Brentford menyamakan kedudukan menerusi Keane Lewis-Potter, malah hampir meraih kemenangan dalam 20 minit terakhir.

“Musim ini seperti ‘rollercoaster’. Kita tak boleh naif dan fikir ia mudah,” kata Rice.

“Kami berdepan pasukan terbaik setiap minggu. Kami perlu terus menekan dan percaya pada diri sendiri serta mengawal apa yang mampu dikawal.

“Kami perlu sekat gangguan luar. Orang akan terus bercakap mengenai perebutan gelaran, tetapi kumpulan ini kekal tenang.”

Arteta pula kecewa apabila pasukannya hilang kawalan permainan selepas permulaan baik babak kedua.

“Kami kurang ketenangan untuk mengekalkan penguasaan bola dan bermain di kawasan yang betul. Kami juga beri terlalu banyak sepakan percuma yang tak perlu,” katanya.

Arsenal yang sebelum ini ampuh menerusi situasi bola mati, kali ini bergelut mengekang kekuatan Brentford.

Gol penyamaan hadir hasil lontaran jauh Michael Kayode yang disambut Sepp van den Berg sebelum Lewis-Potter menanduk masuk.

“Mereka memang bagus dalam situasi itu, jadi pujian kepada mereka,” kata Arteta.

“Ia mengheret anda ke dalam permainan seperti kasino – apa sahaja boleh berlaku dan sesuatu yang buruk boleh terjadi.” – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Ujian percubaan tiga bulan sebelum temasya, Stadium Sarawak dijangka siap awal Jun 2027
Next: Rentak Arsenal dalam perebutan kejuaraan tergugat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.