Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Arsenal kembali teraju liga
  • SUKAN

Arsenal kembali teraju liga

Utusan Sarawak 3 years ago

LONDON: Reiss Nelson tampil cemerlang ketika membantu Arsenal kembali menerajui Liga Perdana Inggeris dengan membelasah Nottingham Forest 5-0.

Nelson diperkenalkan buat pertama kali dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas Bukayo Saka terpaksa dikeluarkan.

Saka membantu gol pembukaan Gabriel Martinelli pada minit kelima sebelum digantikan akibat kecederaan buku lali.

Nelson meledak gol Liga Perdana Inggeris pertamanya sejak Julai 2020 di awal babak kedua, dan menambah jaringan tiga minit kemudian sebelum mengumpan bola untuk gol Thomas Partey.

“Tidak mungkin ada yang lebih baik daripada itu untuk saya selepas dimasukkan. Sebaik saja gol dijaringkan, ia permainan yang cukup hebat.

“Saya bekerja keras dalam latihan, menanti peluang dapat bermain dan saya gembira memperolehinya,” kata Nelson.

Martin Odegaard melengkapkan kemenangan Arsenal ketika permainan berbaki 13 minit.

Kemenangan itu melonjak skuad kendalian Mikel Arteta satu mata di depan Manchester City.

Bagus dapat berada di sana. Ia sentiasa sukar untuk menang di liga ini dan hari ini kami berdepan perlawanan yang rumit selepas bermain di Eropah, dan saya rasa pasukan bertindak balas dengan baik,” kata Arteta.

Pemain-pemain Arsenal turut menunjukkan sokongan terhadap rakan sepasukan, Pablo Mari sebelum sepak mula.

Mari, yang dipinjamkan ke Monza, ditikam dengan pisau ketika bersama keluarganya dalam sebuah pasaraya di Itali minggu lalu.

Ia minggu yang malang buat Arsenal selepas seri 1-1 di Southampton dan kemudian tewas 2-0 kepada PSV Eindhoven dalam saingan Liga Europa. – AFP

Continue Reading

Previous: Sasar rekod juara ke-14
Next: Gol ke-100 Rashford benam West Ham

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.