Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Arsenal kekal rekod sempurna
  • SUKAN

Arsenal kekal rekod sempurna

Utusan Sarawak 4 hours ago

Noni Madueke menanduk gol kedua Arsenal menentang Club Brugge. Foto AFP

BRUGES (Belgium): Arsenal terus mengganas dalam aksi Liga Juara-Juara apabila menumpaskan Club Brugge 3-0, sekali gus mengekalkan rekod 100 peratus dengan enam kemenangan berturut-turut.

Noni Madueke jadi wira awal, meledak roket jarak jauh sebelum menambah satu lagi melalui tandukan sejurus separuh masa kedua bermula. 

Gabriel Martinelli melengkapkan malam indah Gunners dengan rembatan lencong cantik dari luar kotak penalti.

Kemenangan besar ini mengukuhkan Arsenal di puncak liga fasa UCL dengan 18 mata, hampir pasti layak automatik ke pusingan 16 terbaik.

Mikel Arteta memuji anak buahnya yang tetap menyerlah walaupun dilanda kecederaan. “Kami tunjukkan keinginan dan ketahanan. Ramai yang step up,” katanya.

Arsenal bangkit selepas tewas kepada Aston Villa hujung minggu lalu, manakala Brugge di bawah jurulatih baharu, Ivan Leko, gagal memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri.

Madueke dan Martinelli jadi mimpi ngeri pasukan tuan rumah, sementara Gabriel Jesus sempat menggegar palang selepas kembali beraksi.

Arsenal pulang dengan tiga mata penuh dan keyakinan memuncak. — AFP

Continue Reading

Previous: ‘Liverpool masih perlukan Salah’ – Gerrard
Next: Sukan Sea 2025: Zulfikri sambar pingat perak Cross Country

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.