Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Arsenal ikat Norgaard dari Brentford
  • SUKAN

Arsenal ikat Norgaard dari Brentford

Utusan Sarawak 3 weeks ago

Christian Norgaard. Foto AFP

LONDON: Pengendali Arsenal, Mikel Arteta menyifatkan kehadiran Christian Norgaard bakal membawa ‘banyak pengalaman’ selepas mengikat kontrak bersama Gunners dari Brentford. 

Pemain tengah berusia 31 tahun itu dilaporkan menyertai kelab dengan nilai 10 juta pound (RM57.82 juta) selain 2 juta pound (RM11.56 juta) sebagai tambahan. 

Norgaard meledak 13 gol dalam 196 penampilan bersama Bees dan menjadi tonggak kepada kegemilangan Brentford sebagai sebuah kelab Liga Perdana Inggeris sejak empat musim lalu.

“Kami mengalu-alukan kedatangan Christian ke Arsenal. Dia seorang pemain kebangsaan yang mempunyai banyak pengalaman dalam Liga Perdana Inggeris.

“Dia sudah membuktikan kepimpinannya dan karakter yang kuat yang pastinya berharga buat skuad kami,” kata Arteta dalam satu kenyataan dikeluarkan Arsenal. 

“Dia seorang pemain tengah yang kuat dan mempunyai kekuatan dalam taktikal dan serba boleh. Dia juga mempunyai fizikal yang bagus dan bijak, ini memberikan kami nilai tambah serta keseimbangan.”

Norgaard menjadi pemain ketiga yang ditandatangani Arsenal dalam jendela perpindahan selepas pemain tengah Sepanyol, Martin Zubimendi dan penjaga gol, Kepa Arrizabalaga.

Arsenal juga dilaporkan sudah hampir pasti menandatangani penyertan Sweden, Viktor Gyokeres dari Sporting Lisbon dengan nilai sekirat 70 juta pound (RM404.71 juta). – AFP

Continue Reading

Previous: 250 sertai kejohanan Golf Piala Datuk Bandar sempena Pesta Kuching 2025
Next: Pearly-Thinaah kekal bersama BAM hingga Olimpik Los Angeles 2028

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.